[VIDEO] Zaman Duda Tamat, Issey Selamat Bernikah Dengan Ibu Tunggal Anak Tiga

Meskipun jodoh rumah tangga pertama tidak bertahan lama sekitar 3 tahun lalu, namun itu bukanlah bermaksud hatinya sudah tawar dengan mana-mana wanita. Namun kata orang, setiap yang pergi akan diganti dengan lebih baik. Begitulah yang terjadi dalam hidup pelakon serta penyampai radio yang mesra dikenali sebagai Issey ini apabila telah menamatkan zaman dudanya bersama kenalan zaman sekolah pada tarikh keramat 22 Disember hari ini.

BACA: Simbolik 7 Tahun Kenal, Farah Nabilah Terima RM77,777.77 & 7 Dulang Hantaran

Advertisement

Selamat diijab kabul…mas kahwin senaskah Al-Quran & cincin

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh rakan seperjuangan dalam pentas komedi iaitu Ain AWOK, Issey atau nama penuhnya Fazlisham Mat Hussin telah sah bergelar suami kepada wanita pilihannya iaitu Noor Aimi Jamel dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kubang Kerian, Kelantan. Pihak pengantin perempuan telah menerima senaskah kitab Al-Quran dan sebentuk cincin sebagai mas kahwin dalam acara penuh bermakna itu.

Sekitar foto pengantin baru Issey & Aimi Jamel

Advertisement

Advertisement

Ada sebab kahwini ibu tunggal anak tiga

Terdahulu, jejaka berusia 32 tahun ini pernah mendedahkan kepada portal mStar bahawa mereka sudah berkenalan sejak sekian lama lagi. Isterinya menjadi ibu tunggal apabila kehilangan suaminya dalam sebuah nahas jalan raya beberapa tahun lalu dan perlu membesarkan 3 orang anak. Manakala bagi pihak dirinya pula, Issey tak menafikan bahawa dia teringin merasai nikmat rumah tangga sekali lagi apabila sering melihat kawan-kawan bahagia bersama keluarga masing-masing.

Sumber: mStar, IG isseyfazlisham & ainsufiaa

Advertisement

Apa Komen Anda?