[VIDEO]”Adik Ni Tak Relax Weh”-Budak Kalah Silat Terpaksa Diusung Keluar

Sukan silat adalah salah satu sukan yang sering menjadi pilihan buat pelajar sekolah untuk menyertainya bagi mengisi masa lapang atau untuk dijadikan karier. Sukan ini perlu ketahanan dari segi fizikal dan juga mental sewaktu bertemu dengan pihak lawan tapi lain pula ceritanya dengan adik kecil ini yang viral di laman Twitter. 

BACA: Kajian Buktikan Jaga Anak-Anak Lebih Susah Daripada Bersukan, Ini Sebabnya!

Sampai wasit kena usung keluar gelanggang

Dalam pertandingan silat yang dipercayai diadakan di Terengganu tersebut, kanak-kanak itu kalah setelah bertemu lawannya. Walaubagaimanapun, dia kelihatan berang selepas diminta untuk bersalaman bersama antara satu sama lain. Kanak-kanak perempuan tersebut kelihatan seperti hendak mengerjakan pihak lawannya lalu diusung keluar oleh wasit yang bertugas.  

Part dia hempas pasir tu wow

Sewaktu pertandingan tersebut masih berlangsung, kejadian yang sama juga berlaku. Adik kecil itu meluru ke arah lawannya setelah lawannya itu berjaya diberi mata untuk sepakan yang diberikan. Namun, sebelum sempat berbuat apa-apa, kelihatan wasit berjaya menariknya ke tepi gelanggang.  

Nasib baik tak kena tarik tudung

Video yang mendapat 9,500 retweet serta 124,000 tontonan itu nyata mengundang hilai tawa dari netizen yang menyaksikannya. Adik itu turut dinasihat untuk tidak membabitkan emosi sewaktu dalam perlawanan dan bersikap lebih profesional di masa akan datang. 

You adalah harapan Malaysia

Jangan terbawa-bawa bila besar

Sumber: Twitter Azrin

Apa Komen Anda?