[VIDEO]”Aku Dapat Complain Stage Berat Sebelah”- Alif Kekal Hero Backup Sherry

Saban minggu rancangan realiti TV Big Stage 2019 berjaya kekal trending di laman sosial. Rancangan yang juga menampilkan peserta tempatan dan luar negara itu akhirnya telah melabuhkan tirainya semalam. Minggu ke minggu, setiap peserta berjaya membawa kelainan dan genre yang berbeza sambil mengekalkan identiti mereka sendiri. Konsert Final Big Stage 2019 telah menyaksikan peserta dari Korea Selatan, Han Byul menjuarai pertandingan itu manakala peserta Malaysia, Neeta Manisha di tempat kedua. 

Sejarah lama berulang

Gandingan Alif Satar dan Sherry Alhadad sebagai hos sering berjaya mencuri perhatian ramai penonton dengan telatah mereka berdua. Ternyata mereka kelihatan selesa dan sangat sesuai mengendalikan rancangan tersebut bersama-sama. Umum sedia maklum, Alif pernah dipuji ramai atas tindakannya menyokong dan melindungi rakan pengacaranya itu sewaktu terbabit dalam satu lawak ‘body shaming‘ yang ditujukan oleh seorang juri jemputan waktu itu.

Aku dapat complain stage berat sebelah

Sejarah berulang lagi apabila Nabil Ahmad yang datang mempromosikan rancangan kendaliannya mengeluarkan lawak berunsur body shaming terhadap Sherry. Tanpa membuang masa Alif bertindak sekali lagi melindungi wanita itu dengan mengurus situasi tersebut dengan terkawal. 

Alif Satar kini trending untuk selamatkan dunia

Di laman Twitter, nama Alif Satar sempat trending dan ramai yang memuji tindakannya dalam menyelamatkan situasi supaya tidak berlarutan dan lawak tersebut juga tidak berpanjangan. Dia juga dipuji dengan sikap profesional dalam mengendalikan rancangan berkenaan dengan baik bersama rakannya Sherry. 

Please I nak lelaki macam Alif Satar

Siapapun kena bahan, he will try his best to cover up

 

 

Sumber: Twitter Farhana

 

 

Apa Komen Anda?