[VIDEO]”Dia La Hero Kami”-Pak Din Trending Di Twitter, Rupanya Insan Ini..

Baru-baru ini kecoh apabila satu nama ‘Pak Din’ telah trending di laman Twitter. Setelah diselidik individu yang bernama Pak Din ini baru sahaja kembali ke rahmatullah. Lelaki itu dipercayai telah bertugas sebagai pengawal keselamatan lebih 20 tahun di SK Convent Bukit Nanas dan SMK Convent Bukit Nanas dan sangat dikenali oleh warga sekolah.

Kredit to KamalRostov

BACA: Perginya Sahabat- Genap Setahun, Kehilangan Wira Negara Masih Terasa

Kehilangan yang dirasai

Pemergian insan itu amat dirasai terutamanya buat pelajar, bekas pelajar, guru serta ibu bapa yang mengenalinya. Salah seorang bekas pelajar yang agak rapat dengannya sempat berkongsi mengenai perihal peribadi individu yang disebut-sebut itu. 

Di satu sudut, saya berharap Pak Din akan hidup lebih lama. Bila-bila saya pernah datang lambat ke sekolah, dia terus membenarkan saya masuk atau bila saya bertanya bila dia akan pulang, dia akan menjawab “bila sekolah kosong” dan tertawa.

Pak Din selalu teman kalau ayah lambat 

Seorang lagi bekas pelajar di sekolah tersebut sempat menceritakan pengalaman manisnya bersama insan mulia itu. Pak Din ibarat penjaga bagi seluruh pelajar sekolah berkenaan, terutama sekali jika ibu bapa lewat mengambil anak-anak pulang. 

Siapa yang nak jaga anak-anak CBN lepas ni

Kehilangannya turut dirasai oleh seorang pelakon yang terkenal dengan filem Tombiruo, Farah Ahmad. Pelakon itu yang juga seorang ibu kepada pelajar di Sekolah Convent Bukit Nanas sempat berkongsi detik dia menghadiri majlis pengkebumian Pak Din.

Berat hati untuk ke pusat rawatan

Pak Din diceritakan berat hati untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang tiada siapa yang akan menjaga pelajar-pelajar sekolah berkenaan yang sudah dianggap seperti anak-anaknya sendiri. 

Beribu-ribu tweet lepas rindu kepada hero mereka

 

Sumber: Facebook Farah Ahmad , Twitter Dhia, Aira, Erin

Apa Komen Anda?