Termeterai sudah satu ikatan halal semalam apabila Bintang Paling Popular ABPBH 32, Nur Amirah Filzah atau Mira Filzah telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya iaitu Wan Emir Astar. Majlis yang dilangsungkan penuh sederhana di Sime Darby Convention Centre itu turut dihadiri keluarga dan serta kenalan rapat sambil mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
BACA:Β Majlis Bulan Oktober Diawalkan, Mira Filzah Umum Nikah Malam Ini Secara Live
Sempat berbisik bisikan cinta, I love you more
Di sebalik kemeriahan hari bahagia merpati dua sejoli itu, seorang pengguna Twitter @hanifjamals sempat berkongsi video yang memaparkan kemesraan couple berkenaan di pelaminan. Namun, apa yang menjadi perhatian adalah apabila gerak mulut Mira dan juga suaminya dilihat saling berbalas mengucapkan rasa cinta sambil tersipu malu.
Baru dapat info betul ke i love you, i love you more?pic.twitter.com/gU2zJApLIf
— anep π²πΎ π (@hanifjamals) September 3, 2020
Β
Mira lebih suka berahsia soal hubungan peribadi
Walaupun hanya melalui perkenalan yang singkat, namun kedua-duanya dilihat sangat serasi bersama. Sebelum ini pelakon dan pengacara tersebut mengambil pendekatan untuk mengunci mulut soal hubungan peribadinya. Namun, semuanya telah terjawab apabila Mira telah mengakui dirinya telah mengikat tali pertunangan beberapa bulan sebelumnya.
Baru je hentak tangan atas meja tadi. Pedih jugalah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizengembira melihat kebahagiaan dipaparkan menerusi video di atas. Walau bagaimanapun, ramai juga yang kebanyakannya terdiri daripada lelaki meluahkan rasa sedih kerana pelakon kesukaan mereka telah pun menamatkan zaman bujangnya.
Sumber: Twitter Hanifjamals
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura