[VIDEO]”Lelaki Memang Camni Eh?”- Bosan Punya Pasal, Pelajar Buat Hal Di Hostel

Sewaktu bergelar seorang pelajar sebuah institusi pendidikan tinggi, pasti saja selalu sibuk dengan kelas dan juga assignment yang diberikan. Ramai pelajar yang mudah stress jika mereka merasakan terlampau banyak benda untuk difikirkan. Walau bagaimanapun, banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa tertekan samalah seperti yang dilakukan pelajar ini . Dia mengambil peluang untuk bermain layang-layang di tingkap biliknya. 

BACA: [VIDEO] Gara-Gara Datang Lambat, Pelajar Terkedu Kena Prank Dengan Lecturer! 

Layang-layang pun boleh

Menerusi satu video yang telah dikongsikan di laman Twitter seorang gadis @Aliah Sallehuddin, seorang pelajar lelaki dilihat bermain layang-layang buatan sendiri di tingkap bilik asramanya. Difahamkan, lelaki tersebut adalah pelajar Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Pelajar tersebut juga dikatakan mengambil peluang bermain layang-layang kerana keadaan angin yang agak kuat waktu itu. 

Dah menambah member pulak

Di penghujung video pertama yang dikongsi, boleh dilihat lelaki tersebut mengajak rakan-rakan serumah yang lain turut bermain permainan berkenaan di tingkap kediaman mereka. Satu lagi video yang diambil pula adalah dari dalam kediaman pelajar tersebut dan turut dikongsi oleh salah seorang netizen. Lelaki-lelaki berkenaan dilihat berusaha menaikkan layang-layang mereka supaya dapat terbang dengan lebih tinggi lagi.

 

Lelaki memang macam ni eh? Senang terhibur

Video tersebut telah berjaya mendapat 396,000 tontonan beserta 18,400 retweet. Netizen kelihatan terhibur dengan gelagat sekumpulan pelajar tersebut dalam usaha untuk menghilangkan stress serta penat belajar. 

Sumber: Twitter Aliah Salehuddin

Apa Komen Anda?