[VIDEO]”Mana Boleh Batuk..”-Telatah Yoe Parey & Asif Baca Berita Undang Tawa

Nama Syahmi Sazali sudah tidak asing lagi sejak video terbitannya, Drama Spontan kerap kali trending di laman Youtube. Diserikan lagi dengan penampilan dua insan istimewa yang sering menjadi watak utama video tersebut iaitu Yoe Parey dan juga Asif. Aksi kedua insan ini sering mengundang gelak tawa penonton dengan lakonan mereka yang melucukan. 

BACA: [VIDEO] Asmesyou Bella Berani Video Call Pula, Yoe Parey Undang Tawa Ramai!

Muka Asif bukan main serius lagi

Terbaru, Syahmi, Yoe dan juga Asif telah dijemput melawat set penggambaran Buletin Utama TV3 dan telah berpeluang merasai pengalaman menjadi seorang pembaca berita. Mereka bertiga diberi tugasan untuk membaca berita yang telah disediakan oleh pihak penerbit menerusi teleprompter (skrin untuk skrip). 

Yoe buat skrip sendiri (Minit 2:20)

Ternyata gelagat mereka sewaktu beraksi sangat melucukan. Lebih-lagi apabila Asif kelihatan terpinga-pinga dan meminta Syahmi untuk membantunya. Manakala Yoe pula kelihatan sudah pandai mereka-reka skrip sendiri dan sempat batuk sewaktu rakaman. 

Mana boleh batuk time baca berita 

Video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Buletin TV3 itu telah mendapat tontonan lebih dari 1 juta penonton dan ribuan komen. Hebat betul gandingan mereka bertiga! Yoe serta Asif juga dipuji kerana telah semakin berani  dan petah apabila berhadapan dengan kamera. Ramai yang melihat perubahan yang positif sejak dari awal kemunculan mereka dalam siri video Drama Spontan.  

 

Dua insan istimewa yang Allah beri rezeki

Segar bugar balik mata 

Sumber: Facebook Buletin TV3

 

 

 

Apa Komen Anda?