Viral

[VIDEO]Merengek Nak Tidur Atas Motor, Netizen Terhibur Tengok Gelagat Budak Ini

[VIDEO]Merengek Nak Tidur Atas Motor, Netizen Terhibur Tengok Gelagat Budak Ini

Sharing is caring!

Hakikatnya memang tidak mudah bagi orang dewasa macam kita untuk benar-benar memahami tentang perangai anak kecil. Ada saja gelagat mereka yang sering mencuit hati atau yang ‘aneh-aneh’ berlaku. Samalah ceritanya mengenai gelagat seorang budak lelaki yang tular di laman Facebook beberapa hari lepas apabila ada video mempamerkan gelagatnya yang tidur di lokasi sangat tak terjangka.


BACA: Bermula Dari Satu Nyanyian, Lelaki Berjaya Tawan Budak Siap Dijadikan Kawan

Hidupkan motor elok je tidur, tapi bila tutup suis..

Video yang telah dimuat naik oleh Shahrul Fikri itu memperlihatkan seorang lelaki berusaha menidurkan anaknya dikenali sebagai Fayyad yang berada di atas motor. Kanak-kanak tersebut bagaimanapun terjaga daripada tidur dan merengek apabila ayahnya menutup suis kenderaan tersebut. Tatkala motosikal berkenaan dihidupkan kembali, kanak-kanak lelaki itu kembali tenang dan selamba tidur balik sambil mendengar deruan ekzos. 


Habis la ikut kalau ayah kuat main motor

Sejak dimuat naik sekitar hujung minggu lalu, video itu telah dikongsi lebih 21 ribu kali di laman sosial tersebut. Lazimnya, kanak-kanak seusia Fayyad senang terganggu dengan bunyi bising seterusnya menyebabkan lagi mereka susah untuk tidur. Tapi situasi tersebut nyata sangat berbeza dengan si cilik ini.  Keletah ‘rare‘ yang ditampilkan oleh kanak-kanak berkenaan nyata telah membuatkan ramai tertanya serta tak kurang juga menghiburkan para netizen yang melihatnya.


[VIDEO]Merengek Nak Tidur Atas Motor, Netizen Terhibur Tengok Gelagat Budak Ini [VIDEO]Merengek Nak Tidur Atas Motor, Netizen Terhibur Tengok Gelagat Budak Ini [VIDEO]Merengek Nak Tidur Atas Motor, Netizen Terhibur Tengok Gelagat Budak Ini

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!