Viral Bayi Konon ‘Dibuang’ Di Lombok, Rupanya Ada Sebar Fitnah Pada Keluarga

Tak dinafikan, isu pembuangan atau keguguran bayi pada zaman kini dilihat semakin menjadi-jadi. Walaupun pelbagai pihak dari seluruh dunia telah bekerjasama untuk membanteras gejala sosial ini, namun ianya dilihat seperti tiada titik noktah lagi. Terbaru, viral pula beberapa keping foto yang memaparkan wajah seorang bayi comel dipercayai telah ‘dibuang’ oleh ibunya di sekitar Lombok, Indonesia.

BACA: Sebak! Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Dalam Kotak & Ditinggalkan Tepi Jalan

Semoga cepat mendapatkan ibu angkat…lokasi di Lombok

Astaghfirullahalazim, kenapa dibuang? Kan cantik anak tu..

Posting berkenaan bukan sahaja telah meraih simpati ramai, malah rata-rata netizen di negara republik itu telah memberikan komen berbentuk kritikan terhadap ‘ibu’ kanak-kanak tersebut. Hal ini kerana mereka tidak berpuas hati mengapa bayi comel seperti itu boleh dibuang begitu sahaja.

Wahai ibu yang melahirkan bayi cantik ini.. Anda ibu yang sangat tidak beruntung kerana mensia-siakan tetapan Tuhan

Ternyata foto kanak-kanak itu telah dikongsi beribu kali oleh netizen apabila dimuatnaik oleh beberapa halaman Facebook popular negara tersebut. Bagaimanapun hasil siasatan lanjut mendapati bahawa bayi yang viral itu bukanlah ditinggalkan oleh ibunya atau berasal dari Indonesia juga. Sebaliknya dia merupakan cahaya mata sepasang suami isteri dari Vietnam, yang mana kesemua foto tersebut telah dikongsikan oleh ahli keluarganya.

Majlis sempena masuk usia sebulan..

Saya akan saman pihak yang telah menyalahgunakan gambar cucu saya!

Menerusi beberapa posting yang dibuat sebelum ini, bayi bernama An Khang itu merupakan anak sulung hasil perkahwinan antara Ái Phụng and Phuc Nguyen. Dia baru sahaja dilahirkan sekitar awal bulan Ogos yang lalu di daerah Can Tho, Vietnam. Rentetan daripada isu terbabit, salah seorang ahli keluarga mereka telah memberikan komen berbentuk amaran buat semua pihak yang telah menyalahgunakan gambar si comel tersebut hingga telah tersebar ke seluruh dunia.

Sumber: FB We Cares, Mi Yu Mi & Ái Phụng

Apa Komen Anda?