Cinta Inspirasi

Viral Berbaju Doraemon Hari Tunang, Lelaki Sebak Baca Taklik Lepas Jadi Suami

Viral Berbaju Doraemon Hari Tunang, Lelaki Sebak Baca Taklik Lepas Jadi Suami

Tular November lalu, seorang pemuda membuat kejutan semasa hari pertunangan bersama insan istimewanya dengan memakai costume Doraemon. Dengan karakter lucu yang dibawa pada hari itu, dia sempat mengusik ahli keluarganya sebagai hiburan.


BACA: Akui Lafaz Talak Guna WhatsApp, Tapi Komposer Nafi Abaikan Kebajikan Anak-Anak

@farhanimaziz

Boleh pulak dia datang majlis pertunangan dia dengan kita, dia pakai mascot doraemon 🤣 habis semua belah keluarga semua orang dia mengacau 😂 #papabaru #papamanees #doraemon #enggagement #20112021 #ikatjamin #ikat9tahun

♬ original sound – Cem ceman nya jepri – Cem ceman nya jepri

Alhamdulillah sekali lafaz…Dengan kalimat yang disebut, sah jadi isteri kepada Muhammad Ikram

Terbaharu, farhanimaziz memuat naik satu video pada hari dia dan pasangan yang bernama Muhammad Ikram sah bergelar suami isteri. Pernah dikecewakan sepanjang melayari alam berumah tangga sebelum ini, wanita berkenaan bersyukur kerana akhirnya menemui jodoh yang lebih baik.

@farhanimaziz

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, telus dan lancar saksi terus berkata sah 🤲🏻🥰 dengan kalimat yang disebut, sah menjadi isteri kepada muhammad ikram 🤍 #alhamdulillah #loveyou #bff #abangdoraemon #mamamanees #papamanees

♬ bunyi asal – azriizwn – azriizwn

Sekian lafaz taklik daripada suami…Sedih, tak boleh nak move on lagi tengok husbaby nangis

Selepas akad nikah selesai dilaksanakan, mereka diminta duduk berhadapan untuk pembacaan lafaz taklik oleh pengantin lelaki. Sepanjang teks pada kertas kuning itu dibacakan, suara Ikram kedengaran semakin bergetar dan perlahan. Rupa-rupanya dia sedang menahan air mata sehingga Fahanim perlu membantu menenangkannya.

@farhanimaziz

Alhamdulillah sekian lafaz taklik dari suami. Sedih, tak boleh nak moveon lagi tengok husbiyy nangis, sama sama nangis 😭 #fyp #bbg #abagdoraemondahkahwin 💜🤍

♬ Bismillah Cinta – UNGU & Lesti

Part nilah paling sedih masa kahwin…Walaupun lambat lagi nak kahwin, sebak pula tengok abang ni menangis

Sejak dikongsikan semalam, video tersebut telah meraih 94 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak mendengar getaran suara lelaki itu menahan air matanya. Mereka juga akui bahawa pembacaan lafaz taklik ini adalah saat paling menyentuh hati semasa bernikah.

Viral Berbaju Doraemon Hari Tunang, Lelaki Sebak Baca Taklik Lepas Jadi Suami

Viral Berbaju Doraemon Hari Tunang, Lelaki Sebak Baca Taklik Lepas Jadi Suami

Viral Berbaju Doraemon Hari Tunang, Lelaki Sebak Baca Taklik Lepas Jadi Suami

Viral Berbaju Doraemon Hari Tunang, Lelaki Sebak Baca Taklik Lepas Jadi Suami
Viral Berbaju Doraemon Hari Tunang, Lelaki Sebak Baca Taklik Lepas Jadi Suami

Kredit: TikTok farhanimaziz



Viral Berbaju Doraemon Hari Tunang, Lelaki Sebak Baca Taklik Lepas Jadi Suami

Facebook

Telegram