Viral Bertumbuk Di Plaza Tol, 2 Pemandu Lelaki ‘Disekolahkan’ Pihak Mahkamah

Selasa lalu, negara telah dikejutkan dengan paparan video mengenai 2 pemandu yang sedang berbalah di Plaza Tol Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Difahamkan, insiden sekitar jam 4.30 petang itu tercetus apabila salah seorang daripada mereka telah menekan brek kereta di hadapan van yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke Petaling Jaya. Malah rakaman yang menjadi tular itu pula dilakukan oleh isteri pemandu van berkenaan.

BACA: Lelaki Nekad Pisah Sebab Uzur & Tak Boleh Kerja, Tapi Luahan Isteri Runtun Jiwa

Tak malu ke anak-anak lihat semula video tular ini nanti?

Siang tadi, Mohamad Fazrien dan Ng Whye Hoong telah hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk didakwa bagi kesalahan tersebut. Menurut portal Harian Metro, Majistret Noorasyikin Sahat turut menyatakan kekesalannya berhubung kejadian itu menerusi beberapa dialog beliau terhadap kedua-dua tertuduh.

“Kamu (Mohamad Fazrien Mohd Ziear) kena bersabar & jadi contoh yang baik kepada orang bukan Islam. Isteri kamu pula sepatutnya pulihkan keadaan, bukan biarkan suami bergaduh.” 

Kredit foto: Harian Metro

“Awak (Ng Whye Hoong) sudah matang & sepatutnya boleh berfikir. Tak malu ke jika anak-anak sudah tua lihat semula video tular ini nanti?”

Masing2 dihukum penjara sehari serta denda RM1,000

Selepas tertuduh yang masing-masing berusia 30 dan 38 tahun mengaku bersalah dalam perbicaraan itu, Majistret Noorasyikin menjatuhkan hukuman penjara sehari serta denda berjumlah RM1,000. Malah sekiranya gagal melunaskan bayaran denda terbabit, mereka berdua boleh dikenakan hukuman penjara sebulan pula.

Sumber: Harian Metro

Apa Komen Anda?