Berita perpisahan pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina semalam masih mengejutkan ramai hingga ke hari ini. 11 tahun bertahan meskipun tidak dikurniakan zuriat sendiri, keputusan yang diambil mereka dilihat sebagai simbolik bahawa urusan jodoh merupakan rahsia Allah. Yang nampak bahagia tidak semestinya terlepas daripada diuji, begitu juga sebaliknya.
BACA : Cinta Sampai Syurga, Noh Salleh Minta Pihak Media Padam Gambar Lama Mizz Nina
Selepas banyak timbang tara dibuat, kami berdua ambil keputusan membawa haluan masing-masing
Tidak lagi menyembunyikan kesahihan berita itu, semalam kedua-dua pihak memuat naik kenyataan rasmi di Instagram. Dengan kapsyen yang sama, mereka akui bersyukur kerana diberikan tempoh yang panjang melalui perkahwinan bersama selama ini. Berterima kasih kepada peminat yang memberikan sokongan, Mizz Nina dan Noh turut menjadi tauladan tidak menjaja keburukan masing-masing di media sosial.
Matahari terbenam adalah simbolik “Aku masih cintakan kau, tapi aku pasrah lepaskan kau pergi”
Sementara itu di Twitter, hashtag nama mereka berdua terus trending. Namun ada pula yang mendakwa gambar di sebalik matahari senja itu mempunyai makna tersirat. Kononnya rasa cinta masih dirasakan dalam hati, tetapi rela melepaskan jodoh itu pergi. Hal itu turut dibawa ke TikTok dan sebilangan besar netizen turut terbawa-bawa dengan perasaan.
@amirulraf96 Kita doakan yang terbaik buat mereka #mizznina #nohhujan #ujian #cinta #ujian #speechless
Lebih-lebih pula, jauhnya korang fikir…Buat teruklah, benda takdelah deep sangat pun
Hanya berpandukan kepada sumber Urban Dictionary yang kurang sahih, netizen menyifatkan hal itu sebagai tidak masuk akal. Mizz Nina dan Noh memilih untuk tidak mendedahkan kisah lanjut mengenai perpisahan mereka, justeru ramai berharap tiada pihak yang memandai-mandai mengeluarkan andaian sebegitu.
Kredit : TikTok Amirulaf96, IG Mizz Nina & Twitter ORANG KAMPONG
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
