Viral Foto Sisa Kuaci Bersepah Di Seat Wayang – “Menyusahkan Orang Betul!”

Siapa di sini ‘kaki wayang’? Hampir setiap bulan, pasti ada sahaja filem menarik tempatan dan antarabangsa yang menarik minat kita untuk menontonnya secara eksklusif di pawagam. Selain merancakkan pembangunan industri perfileman, trend ini sebenarnya bagus juga untuk mengelakkan daripada kita terus membeli hasil cetak rompak. Akan tetapi, kita juga perlu menitik beratkan aspek kebersihan selaku seorang pengguna yang bertanggungjawab. 

BACA: Siapa Kata Makan ‘Fast Food’ Tak Boleh Slim? Lelaki Dedah Berjaya Turunkan 31kg

Makan kat rumah memang macam ni ke?

Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter mengenai beberapa foto keadaan lantai pawagam yang penuh dengan kulit kuaci berserta bungkusannya sekali. Menurut pegguna Twitter yang dikenali sebagai Hidan ini, dia meluahkan rasa terkilan serta mempersoal sikap pihak yang tergamak melakukan sedemikian rupa di kawasan hiburan terbabit.

Sebab tulah outside food tak boleh bawa masuk

Menurutnya lagi, ini adalah contoh terbaik yang menerangkan mengapa semua syarikat pawagam mengharamkan setiap penonton membawa masuk makanan daripada luar. Meskipun ianya tidak dapat memuaskan hati kesemua pihak, namun siapa pula yang mahu menguruskan sampah yang berselerak sebegini.

Memang cleaner bersihkan…tapi jangan susahkan orang lain

Ekoran daripada tweet tersebut juga, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelaku yang membuang sisa makanan hingga bersepah seperti ini. Menurut rata-rata mereka, sikap sebegini tidak patut diamalkan oleh mana-mana pihak walaupun setiap pawagam ada mengupah orang untuk melakukan kerja-kerja pembersihan apabila setiap filem selesai sesi tayangan.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter 4samm_

Apa Komen Anda?