Viral Ibu Bapa Ganti Anak Bersanding, Pengantin Dedah Kena Operate Batu Karang

Sebut saja tentang majlis kahwin, pengantin mana yang tak mahu duduk di atas pelamin sendiri kan? Selain telah melakukan banyak persiapan untuk menjayakannya, itulah waktu untuk kita berkongsi rasa bahagia dengan semua tetamu yang hadir. Namun, detik indah itu tidak sempat dirasai oleh Fatheen Afiqah bt Jeffry dan Amirudin bin Abdul Kassim apabila pengantin lelaki menghidap masalah kesihatan pada malam sebelum majlis mereka berlangsung. Kisah mereka menjadi tular baru-baru ini apabila dikongsikan oleh seorang kenalan di laman Twitter.

BACA: Walaupun Bertemu Jodoh Di Disko, Tapi Lepas Kahwin Belajar Mengaji Sama2

Pengantin tak bersanding sebab operationparents ganti jadi Raja Sehari

Sewaktu dihubungi Erin Sakura, Fatheen akui agak sedih kerana terlepas peluang untuk bersanding di majlis resepsi sendiri. Namun kesihatan suaminya perlu diberi perhatian lebih memandangkan ini kali pertama Amirudin berada pada tahap serius sepanjang hayatnya.

Alhamdulillah kami selamat diijabkabulkan pada petang 31 Ogos lalu. Tapi suami mengadu perut tidak selesa sewaktu kami menjalankan rehearsal pada malam tersebut. Pada awalnya pihak klinik mengesyaki dia menghidap apendiks. Tapi hasil siasatan lanjut di hospitaI pula mendapati Amirudin hidap masalah batu karang. Doktor pun menasihati kami agar segera membuangnya.

Walaupun kami ada memohon agar dilewatkan sedikit rawatan itu kerana mahu bersanding, tapi suami seperti tak dapat menanggung lagi perit yang dialaminya. Sejak malam itu dia ditahan di HospitaI Putrajaya, dan hari ini barulah dia menjalani operation membuang batu karang di HospitaI Selayang. Walaupun kami tiada, tapi majlis pada 1 September itu tetap dilangsungkan kerana sudah lengkap dan tidak mahu kecewakan tetamu yang telah dijemput.

Mengulas tentang ragam comel yang ditampilkan oleh ibu bapanya pula, seluruh keluarga mereka tidak menyangka bahawa perkara itu boleh jadi viral. Kata wanita berusia 27 tahun ini lagi, dia sangat memuji semua usaha yang dilakukan oleh mereka sepanjang majlis berkenaan.

Sebelum nikah, saya ada usik mama (Puan Zainah) untuk bersanding sebab busana persalinan dia memang vogue. Tak sangka rupanya ayat tu terkena pada diri sendiri. Nasib baik ibu bapa pandai cover ketiadaan kami & saya gembira tengok reaksi mereka menerusi gambar kiriman rakan-rakan yang hadir ke sana. Rasa bersyukur sangat sebab dikurniakan ahli keluarga yang cukup supportive dan memahami situasi tak terjangka ini. Kami suami isteri turut berterima kasih kepada semua yang memberikan komen positif dan doa agar disembuhkan masalah kesihatan yang melanda Amirudin sekarang ini. Semoga hidup kalian diberkati oleh-Nya juga.

Sumber: Twitter fatheenjeffry_ & _acabellas

Apa Komen Anda?