Viral Isu Guru & Rotan – Sebenarnya Murid Tak Kisah, Tapi Mak Bapak Yang Over..

Walaupun insiden ibu yang naik berang di sekolah apabila anak perempuannya dirotan seorang guru lelaki tempoh hari telah pun selesai apabila kedua-dua pihak saliong bermaafan, namun isu ini masih bermain dalam kotak fikiran masyarakat. Antara yang turut mengulas isu ini adalah hos dan penerbit rancangan temubual sensasi Motif Viral iaitu Hazeman Huzir. Walaupun dia selalu mengupas sesuatu topik secara solo, namun bagi isu kali ini dia turut meminta pandangan daripada para pelajar tingkatan 4 semasa berpeluang memberikan talk di sebuah sekolah baru-baru ini.

BACA: “Bahasa Cina Pun E!” –  Netizen Kantoikan Result Pelajar Kurang Ajar Dengan Guru

Menerusi perkongsian video yang telah dimuatnaik di laman YouTube miliknya, Haze telah memberikan pencerahan tentang bagaimana para belia sepatutnya mengendalikan akaun media sosial masing-masing. Lalu dia menggunakan situasi dalam paparan video yang tular tersebut sebagai contoh untuk menggambarkan bagaimana media sosial boleh memberikan impak terhadap kehidupan seseorang di masa akan datang, terutamanya sewaktu mereka ingin mencari kerja nanti.

Murid kena rotan, mak bapak yang over (Minit 1:50 – 4:30)

Parents lebih sudu dari kuah…padahal budak tu chill je

Berkenaan isu rotan di sekolah, ternyata rata-rata pelajar itu sendiri memaklumkan bahawa perkara itu wajar oleh guru dalam mendidik agar tidak melakukan kesalahan. Malah ada juga yang memberikan pendapat bahawa ibu bapa yang sebenarnya bersikap berlebih-lebihan atau over dengan aspek keselamatan anak mereka menyebabkan berlakunya insiden seperti itu. Rata-rata netizen juga bersetuju dengan pandangan tersebut dan meluahkan perasaan kecewa terhadap sikap manja yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan ibu bapa dan murid zaman kini.

Sumber: IG  & YouTube Hazeman Huzir

Apa Komen Anda?