Viral Isu Hantaran Mahal Ikut Degree, Lihat Parodi ‘Win’ Yang Dibuat Lelaki Ini

Kalau bercakap tentang hantaran kahwin, isu ini sering sahaja menimbulkan perdebatan hangat di kalangan wanita dan juga lelaki. Seperti yang viral beberapa hari lalu, seorang gadis telah dikecam teruk selepas berkongsikan pendapatnya tentang hantaran mengikut tahap pendidikan. Bukan sekadar dikecam netizen, malahan ada juga sebuah video parodi yang nampaknya memang mahu memerli gadis ini.

Baca : Macam I Ada Degree.. Wanita Ini Dikecam Sebab Demand Sangat Hantaran?

“Macam saya ada degree, atleast nak RM15,000…”

Pada awalnya, gadis di dalam video berkenaan menjelaskan bahawa dia tidak kisah berapakah nilai hantaran yang bakal diberi oleh bakal suaminya. Namun begitu, dia mula menyentuh tentang nilai hantaran yang sewajarnya setaraf dengan pendidikan ijazahnya. Seperti yang sudah dijangka, perkara itu membuatkan ramai triggered khususnya golongan lelaki sendiri.

“Saya pernah dinobatkan sebagai Tokoh Imam, jadi tambah lagi RM5000…”

Turut terkesan dengan video viral tersebut, seorang lelaki dikenali sebagai Farhan (salah seorang ahli Sterk Production) sempat membuat parodi yang nampaknya semacam ‘menganjing’ gadis berkenaan. Mula dikongsikan ke Facebooknya sejak 2 hari lalu, video parodinya telah mendapat sekitar 139,000 jumlah tontonan.

Jika gadis di dalam video sebenar demand hantaran yang tinggi gara-gara mempunyai ijazah, Farhan menuntut hal sama dek kerana dia mempunyai pelbagai pingat dan juga anugerah keterampilan diri. Bagi setiap pencapaian, Farhan menetapkan kenaikan harga yang berbeza-beza nilainya. Meskipun bersifat ringkas, ramai sedar bahawa video ini mempunyai kaitannya dengan isu hantaran RM15,000 tersebut.

Aku harap girl yang acah demand tengok video ni

Bukan itu sahaja, malahan ada juga netizen yang terus mempertikaikan budaya menetapkan nilai hantaran mengikut tahap pendidikan. Bagi mereka, adalah lebih baik jika kedua-dua pihak bekerjasama dalam mengumpul wang hantaran perkahwinan mereka. Ada juga yang berkongsikan pengalaman peribadi mereka melibatkan isu hangat ini.

Buat la challenge…kedua-duanya kena kumpul duit kahwin

Wife aku engineer, tapi bagi mas kahwin je…

Sumber : Twitter Syazwan dan Facebook Farhan Mazlan

Apa Komen Anda?