Viral

Viral Kelibat Misteri ‘Nenek Kebayan’, Jabatan Kesihatan Dedah Perkara Sebenar!

Viral Kelibat Misteri ‘Nenek Kebayan’, Jabatan Kesihatan Dedah Perkara Sebenar!

Sharing is caring!

Sejak malam tadi, kecoh di laman Twitter tentang sebuah foto misteri yang diambil dari sebuah hospitaI. Kemunculan seorang warga emas wanita yang disangka ‘nenek kebayan’  sekitar 2 hingga 3 pagi itu telah menimbulkan spekulasi daripada netizen. Antara persoalan yang paling kerap dibincangkan adalah mengapa dia diam tidak menyahut kembali teguran doktor yang turut mengambil foto berkenaan. Selain itu, kelibat wanita berkenaan turut didakwa tidak sepatutnya berada di kawasan itu memandangkan tiada langsung patient yang usia sepertinya.

BACA: “Akak Nampak Nenek Hidup Balik!” – Gadis Kongsi Kisah Seram Mata Hijab Dibuka

Ada nenek nak bergurau…doktor tegur tapi dia diam je 


Viral Kelibat Misteri ‘Nenek Kebayan’, Jabatan Kesihatan Dedah Perkara Sebenar!

Viral Kelibat Misteri ‘Nenek Kebayan’, Jabatan Kesihatan Dedah Perkara Sebenar!

Warga emas tersebut adalah patient kami..

Selepas tersebarnya foto berkenaan, akhirnya Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Negeri Sembilan terpanggil untuk memberikan penjelasan sebenar tentang ‘kelibat misteri’ itu. Menerusi salah sebuah entri di Facebook, pihak mereka telah memberi komen pengesahan bahawa wanita tua itu merupakan salah seorang pesaklt yang sedang dirawat di HospitaI Tampin. Dalam pada itu, mereka turut meminta pihak yang menyebarkan foto tersebut agar memadamkannya supaya mengelakkan salah faham seterusnya menjaga privasi wanita itu serta keluarganya.


Viral Kelibat Misteri ‘Nenek Kebayan’, Jabatan Kesihatan Dedah Perkara Sebenar!

Sumber: TwitterSiakap Keli


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!