Viral Kisah Kucing Dicekik Budak Beraya, Rupanya Satu Malaysia Dah Kena Tipu!

Beberapa hari lalu, sebuah cerita tentang kucing yang dicekik  budak ketika beraya hangat tular di media sosial. Seperti yang sudah dijangka, kejadian sedih yang dikongsikan menerusi Twitter seorang lelaki itu mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen meluahkan marah dan sempat menitipkan rasa simpati. Tapi siapa sangka, semua kisah itu hanya rekaan semata-mata!

Baca : Cermin Pecah Kena Batu & Body Kereta Calar, Adab Budak Beraya Makin Melampau!

Gambar sekadar hiasan

Berikut merupakan thread pendek lelaki berkenaan yang berjaya meraih simpati ramai. 

Kucing kesayangan aku dah takde.

Bukan saja marah kepada kanak-kanak tersebut, malahan netizen sempat mengecam si ibu yang seolah-oleh tidak merasa bersalah atas perbuatan anaknya.

Mak budak tu gelak je tengok aku…

Daripada cara penceritaan lelaki ini, semuanya kedengaran real sekaligus membuatkan ramai yang percaya dengan kisah sadis kucingnya.

Kucing aku takkan datang balik…

Namun begitu, seorang gadis telah tampil membuat pengakuan bahawa dia adalah tuan sebenar kucing tersebut.

Menurut gadis berkenaan, memang benar kucingnya ‘pergi’ namun bukanlah sebab dicekik oleh kanak-kanak yang datang beraya.

Nampak sangat terdesak nak tweet famous…

Setelah kebenaran terbongkar, akaun lelaki itu juga sudah dinyahaktifkan sekaligus menguat dakwaan bahawa kisahnya hanyalah rekaan saja.

Oleh itu, sudah pasti ia mencetuskan bengang di kalangan netizen yang beria-ia merasa kasihan.

Demi raih retweet, sanggup jadi penipu

Kesian…Tak pasal-pasal ramai pula yang benci budak

Raya-raya pun ada drama kat Twitter

Sumber : Twitter blxcktober, Hazrey dan Luqman

Apa Komen Anda?