Viral Konon Budak Koma Dipulau Kawan Sekolah, Wanita Ini Dedah Perkara Sebenar

Beberapa hari lalu, tular di ruangan media sosial tentang kisah seorang kanak-kanak perempuan bernama Maisarah yang terlantar di w4d selepas terlibat dalam sebuah kecelakaan jalan raya. Lebih menyedihkan, adik ini juga dipercayai merupakan seorang pelajar yang kurang upaya dan selalu menjadi bahan ejekan oleh rakan-rakannya di sekolah. Perkara itu disampaikan oleh seorang wanita menerusi kisah yang disampaikan oleh anaknya yang juga pelajar di sekolah terbabit.

BACA: “Saya Cuma Mahu Tegur Mereka Solat..” – Pakcik Ini Maafkan Semua Remaja PembuIi

Kesian kat ayah…tengok ayah ni hari2 doakan adik

Bagaimanapun, nampaknya kisah yang menjadi perhatian itu telah disangkal oleh seorang kenalan ibu bapa anak tersebut, iaitu Puan Shamsiah Shaaban menerusi pendedahan yang dibuat di Facebook miliknya pada pagi tadi. Menurutnya, kisah tentang adik ini dibuIi dan cacat adalah tidak benar sama sekali.

Boleh tanya cikgu2 kat sekolah tu…Maisarah ni budaknya baik

Malah kenyataan itu turut dipersetujui oleh beberapa netizen yang tahu tentang keluarga adik Maisarah.

Cikgunya ada bagitau…adik ni suka menyendiri 

Selalu nampak dia sekeluarga…tak nampak lak macam OKU

Dalam pada itu, Maisarah kini sudah sedar dan dibenarkan keluar dari pusat rawatan. Dia kini sedang dijaga oleh saudaranya kerana ibu kanak-kanak perempuan ini masih mendapatkan rawatan lanjut gara-gara nahas yang terjadi tempoh hari.

Alhamdulillah…adik Maisarah sudah pun discaj & semakin pulih

Beberapa hari lagi nak sambut Syawal…pilu memikirkan dia sendirian tanpa ibu

Terima kasih semua pihak yang mengambil berat & membantu…

Sumber: FB Cik Puan Eddy, Aina Saif & Shamsiah Shaaban

Apa Komen Anda?