Viral Lempang Guard Sebab Disuruh Ambil Tempahan, ‘Datin’ Bagi Penjelasan

Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu atau insiden yang melibatkan pihak keselamatan telah menjadi tumpuan ramai di media sosial. Sebagai contoh adalah seperti sebuah rakaman yang tular di laman Facebook dan Twitter baru-baru ini apabila seorang ‘ guard‘  telah dilempang oleh seorang penduduk kond0minium. Malah ada pula yang mengatakan ianya berlaku gara-gara wanita itu berang apabila disuruh untuk mengambil makanan yang telah ditempah secara online.

BACA: [VIDEO] Sanggup Buat Surprise Demi Menantu, Ragam Sweet Mentua Ini Jadi Viral!

Tampar dia bukan sebab acah diva ye…tapi dia yang biadap

Semalam, wanita yang dikenali sebagai Sharina Jamal ini telah memuat naik beberapa status di laman Facebook bagi menjelaskan situasi dan punca sebenar dia bertindak seperti dalam rakaman CCTV tersebut. Jelasnya, insiden itu bukan kerana dia berperangai seperti seorang ‘diva’. Sebaliknya, pengawal keselamatan itu yng bersikap biadap terhadap penghantar makanan tersebut.

Rider tu menangis sambil cakap “saya tak pernah dihina macam ni kak” 

Pengakuan daripada penghantar makanan itu sendiri..

“Saya tak gila nak lempang orang…bayangkan dia adik kalian”

Kata Sharina, dia sangat terkilan apabila gadis penghantar makanan yang sanggup bekerja seawal jam 3 pagi itu telah ditengking serta dihina oleh pengawal keselamatan warganegara asing itu. Wanita ini turut menjelaskan bahawa dia bukanlah seorang yang panas baran sehingga tergamak menampar orang sewenang-wenangnya. Secara keseluruhannya, Sharina menyatakan perkara yang tular di laman sosial itu sebagai cerita daripada sebelah pihak sahaja yang mahu mencemarkan namanya di mata masyarakat.

Sumber: Twitter My_CrimeWatch & FB Sharina Jamal

Apa Komen Anda?