Viral Makan Lauk Garam, Rupanya Keluarga Ini Terima Lebih 13 Bantuan Baitulmal!

Viral di media sosial baru-baru ini tentang kedaifan sebuah keluarga sehingga terpaksa meminta telur di rumah jiran selepas beberapa hari makan nasi berlaukkan garam. Antara individu yang turut terkesan dengan berita itu adalah Dato’ Aliff Syukri sehinggakan dia sanggup ‘mencemar duli’ ke kediaman keluarga itu bagi menghulurkan bantuan yang berupa wang tunai dan beberapa barangan dapur. 

BACA: Melalak Waktu Agih Sumbangan Pada Homeless, Lelaki Ini Selar Sikap Penderma!

Penularan berita tentang kesusahan dihadapi ibu beranak tujuh ini telah mengundang simpati banyak pihak dengan nasib keluarga mereka. 

Namun baru-baru ini, sebuah akaun Twitter telah berkongsi pendedahan seorang lelaki ini yang merupakan pegawai ker4jaan tentang jumlah bantuan sebenar yang diperoleh keluarga ini daripada pihak Baitulmal. Difahamkan, keluarga ini mula menerima bantuan sehingga mencecah ribuan Ringgit sejak tahun 2010 lagi yang merangkumi bantuan berupa wang tunai, tempat tinggal dan juga barangan bayi.

Sebelum ghairah nak menghentam institusi zakat

Berikut adalah senarai nama bantuan dan jumlah wang yang diperoleh Puan Marsyila Zakaria bagi meringankan bebannya melalui pendedahan yang dibuat oleh Adam Mukhriz.  

Bantuan sewa rumah hingga tahun 2020 RM1488

Bantuan kecemasan selesaikan hutang PIBG & peralatan sekolah anak 

Bantuan barangan asas purata RM300 sebulan

Selain itu dalam posting yang berbeza, pihak Lembaga Zakat Selangor juga telah tampil memberi penjelasan sebenar tentang senarai bantuan yang sudah diberikan kepada keluarga Puan Marsyila.

Kami juga dapat info keluarga ini dapat bantuan dari JKM sebanyak RM350 sebulan

Melalui penjelasan oleh individu di Twitter ini, pihak Lembaga Zakat Selangor sering menjalankan usaha dalam membantu meringankan beban masyarakat yang kurang berkemampuan dengan mendedahkan mereka tentang saluran yang sebenar untuk memohon bantuan. 

Selalu buat roadshow di masjid.. bagi penerangan agihan zakat

Pendedahan itu ternyata membuatkan ramai menjadi kesal dengan sikap segeIintir pihak yang tidak berusaha untuk senang sebaliknya hanya mengharapkan bantuan luar. 

Zakat untuk membantu.. bukan tempat untuk bergantung 

Geram jenis yang goyang kaki tapi bantuan mengalahkan pencen 

Bantulah orang yang susah bukan orang malas

Sumber: Twitter RimauXI, FB Adam Mukhriz, Lembaga Zakat Selangor, Kredit foto Malaysia Gazette

Apa Komen Anda?