Viral Masuk Restoran ‘Fast Foods’ Pakai Baju Pengantin, Rupanya Dua2 Kebuluran!

Sejak akhir-akhir ini bermacam kisah pengantin yang menjadi viral di seluruh negara. Baru-baru ini pula ada sepasang pengantin baru yang telah menjadi tumpuan ramai apabila memasuki ke sebuah restoran makanan segera terkemuka di Gunung Rapat, Ipoh. Kehadiran mereka yang lengkap dengan memakai busana perkahwinan itu turut menjadi kecoh di laman Twitter apabila ada yang menularkan foto sewaktu menjamah makanan ketika itu.

BACA: Bridesmaid Geram Cakar Pengantin Lelaki? Isteri Dedah Kisah Sebalik Photoshoot

Melihatkan foto tersebut, ramai netizen membuat andaian bahawa mereka terpaksa mendapatkan makanan di tempat lain selepas makanan kenduri telah habis. Malah ada juga yang berseloroh bahawa mereka tidak memiliki rumah untuk menginap lagi maka sebab itulah mereka terpaksa mendapatkan makanan di sana.

Susulan perkara tersebut, pihak pengantin yang mesra disapa Anis, tampil memberikan penjelasan untuk menjawab segala persoalan ramai. Ketika dihubungi, Anis menjelaskan bahawa dia dan suami, Mukhrim telah bertandang ke sana setelah selesai menjalankan sesi outdoor photoshoot di Tasik Cermin pada 19 Julai yang lalu.

Masa tu kami cuma nak isi perut sebab masing-masing lapar sangat. Masa majlis nikah tak lalu nak makan sangat sebab nervous lebih. Waktu kami masuk tu rasa macam YB pun ada. Rata-rata pelanggan & staf di sana mengucapkan tahniah. Malah ada juga yang ajak tangkap gambar bersama. 

Tambah wanita berusia 25 tahun ini lagi, dia sangat bersyukur kerana urusan ijab kabul dan majlis persandingan mereka hujung minggu lalu berjalan lancar hasil bantuan ahli keluarga kedua-dua belah pihak juga. Mereka berkenalan sejak hujung tahun lalu menerusi laman Facebook dan tertarik dengan peribadi baik suaminya itu.

Siapa sangka daripada perkataan ‘hai’, kini dia suamiku. Kami kenal cuma setahun, dan bertunang selama 6 bulan. Allah dah atur hidup kita cantik-cantik.

Kami bukan anti-sosial lah. Saja je ambil gambar macam tu sebab nak hasilkan semula memori masa kami baru dating di tempat ini juga dulu. Buat mereka yang ambil gambar senyap-senyap tempoh hari kami maafkan. Cuma lepas ni jangan lakukannya lagi kepada orang lain juga. Kami pun tak tahu kenapa foto kami viral beberapa hari lepas dan ada terima beberapa komen negatif juga disebabkan perkara itu.

Dalam pada itu, Anis turut menafikan dakwaan bahawa mereka berdua anti-sosial walaupun sudah bernikah berdasarkan foto-foto dia dan suami itu. Dia hanya mahu mengembalikan semula kenangan foto lama mereka sewaktu di awal perkenalan dahulu di restoran yang sama. Selain itu, dia turut menasihati orang ramai agar jangan mengambil gambar pihak tertentu secara senyap-senyap dan post ke media sosial kerana dikhuatiri perbuatan itu hanya mengundang banyak spekulasi daripada netizen yang tidak tahu kisah yang sebenar.

Sumber: Twitter Anis94_

Apa Komen Anda?