Baru-baru ini, tular luahan daripada orang ramai susulan masalah kehabisan bekalan minyak di beberapa stesen di lebuhraya minggu lalu. Keadaan itu menyebabkan banyak kenderaan yang terkandas sekaligus mencetuskan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk. Namun siapa sangka, di sebalik kejadian tersebut rupanya terdapat pekerja yang terpaksa skip raya mereka demi membantu menyelesaikan masalah berkenaan.
BACA: Risau Jem Masa Balik Kampung, Wanita Standby Lampin Sekali Ramai Pula Sekepala
Sekarang ketahuilah rakyat Malaysia…ade yang terpaksa ‘berjuang’ demi korang semua
Sama juga seperti kisah wanita yang dikenali sebagai kieyrahhh_ ini selepas suaminya yang bertugas menghantar bekalan petrol terpaksa bekerja pada raya pertama. Dalam video tersebut, pada awalnya kelihatan gambar mereka berdua yang mengenakan pakaian sedondon. Namun, detik indah itu hanya bertahan sekejap sahaja selepas lelaki berkenaan secara tiba-tiba diminta untuk bekerja.
Terpaksa sacrifice waktu kerja dan balik lewat…semoga Allah memberkati setiap titik keringat abang
Walaupun pada asalnya berasa sebak, namun isterinya terpaksa reda dengan kehendak pekerjaan syurganya itu. Namun, apa yang dia harapkan cumalah pengorbanan suaminya serta staf lain sentiasa dihargai. Mana tidaknya, demi tidak mahu isu kehabisan petrol terus berulang, mereka seolah-olah terpaksa mengorbankan curi raya masing-masing.
@kieyrahhh_ bila stesen xde minyak semua rakyat malaysia bising kete tersadai minyak dh habis. skrg ketahuilah rakyat malaysia. ade yg terpaksa berkorban demi korg semua. DRVIER TANKER xdpt nk cuti beraya sbb xnak kes minyak kering utk korg2 semua balik beraya 🥲 tlg appreciate je 🥺🤍✨ #abglori #abglorimalaysia
Terima kasih abam tanker…dalam keadaan macam inilah jelas kita semua memerlu antara satu sama lain
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan terima kasih kepada lelaki berkenaan yang sanggup skip raya demi membantu masyarakat. Malah, mereka juga sempat menitipkan doa agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan.
Kredit: TikTok kieyrahhh_
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
