Viral Antarabangsa Artis

Viral Orang Malaysia Raya Rumah SRK, Terdedah Realiti Sedih Di Sebalik Pagarnya

Viral Orang Malaysia Raya Rumah SRK, Terdedah Realiti Sedih Di Sebalik Pagarnya

Shah Rukh Khan yang juga dikenali sebagai SRK pada 1 Syawal lalu sempat memuat naik beberapa foto kemeriahan ribuan peminat datang memenuhi jalan di hadapan rumahnya. Meskipun tidak dibenarkan masuk apalagi hendak singgah raya, dapat menyaksikan bintang Bollywood itu dari jauh pun sudah cukup memadai buat mereka.

BACA : [FOTO] Konon Wajah & Sebijik Shah Rukh Khan, Lelaki Tampil Buka Cerita Sebenar

Nak datang beraya rumah SRK, tapi dia tak buka pintu

Dalam masa sama, seorang rakyat Malaysia yang difahamkan sudah menetap di negara itu selama 7 tahun sempat juga singgah sebentar di kawasan rumah gah berkenaan. Pengguna TikTok nilaaa memuat naik rakaman terbaru di mana hingga kini, jalan di hadapan kediaman SRK masih lagi dilawati oleh orang awam walaupun sekadar dapat mengambil gambar dengan pagarnya sahaja.


@nilaaaa19

Reply to @dak_fiza_epy tak dapat nak kirimkan salam tu dia tak bukak pintu 😭🤪

♬ Dil Kya Kare – Jatin-Lalit & Udit Narayan & Alka Yagnik

Tembok rendah jadi SRK tambah pagar supaya orang tak boleh panjat

Kemudian, kewujudan pagar di sebelah kiri yang nampak seperti sangkar burung gergasi nyata mencetuskan tanda tanya. Rupa-rupanya, besi hitam tinggi itu dibina untuk tujuan keselamatan Shah Rukh Khan termasuklah mengelakkan ada peminat tegar memanjat dan melepasi kawasan tidak sepatutnya.

Viral Orang Malaysia Raya Rumah SRK, Terdedah Realiti Sedih Di Sebalik Pagarnya Viral Orang Malaysia Raya Rumah SRK, Terdedah Realiti Sedih Di Sebalik Pagarnya

Nampak je mewah..Terkenal 1 dunia tapi hidup macam penjara…Gila artis ni takde privasi

Walaupun teruja melihat rumah yang persis sebuah istana itu, netizen bagaimanapun merasa sedih kerana hidup SRK seakan-akan tiada privasi. Di sebalik kekayaan yang dimiliki hasil menceburkan diri dalam dunia lakonan, nikmat untuk hidup bebas ke mana sahaja ibarat menghilang daripada kamus hidupnya.


Viral Orang Malaysia Raya Rumah SRK, Terdedah Realiti Sedih Di Sebalik Pagarnya

Viral Orang Malaysia Raya Rumah SRK, Terdedah Realiti Sedih Di Sebalik Pagarnya

Viral Orang Malaysia Raya Rumah SRK, Terdedah Realiti Sedih Di Sebalik Pagarnya


Kredit : TikTok nilaaaa19 & IG iamsrk

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Viral Orang Malaysia Raya Rumah SRK, Terdedah Realiti Sedih Di Sebalik Pagarnya

Facebook

Telegram