Seperti yang diwar-warkan, hari ini Puteri Sarah Liyana akan menghadiri Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan tuntutan talak terhadap suaminya, Syamsul Yusof. Sementara itu, pengarah tersebut belum membuat kenyataan balas terbaru apalagi kini dia sedang sibuk dengan kerja-kerja pembikinan filem.
BACA : “Saya Cuma Nak Hidup Tenang Dengan Anak-Anak, Tapi Tak Habis Diganggu” – Sarah
Peminat kongsikan semula video Sarah masa September tahun 2020
Cukup sudah 4 tahun perjuangan mempertahankan rumah tangga, kini tiba masanya untuk aktres ini menamatkan segala-galanya. Dalam masa yang sama, penularan semula video lama Puteri Sarah beberapa tahun lalu nyata mengundang air mata netizen.
Bayangkan berapa lama dia pendam semuanya
Bertemankan anak gadisnya di sebelah, Sarah sedang membuat video penjagaan wajah namun mukanya yang cengkung dan pucat sangat jelas kelihatan. Walaupun sedang menanggung dugaan hebat, dia tenang merahsiakan kemelut itu daripada pengetahuan umum. Seperti yang ramai tahu, dahulu pihak Ira Kazar sendiri muncul mengakui tentang hubungan dengan Syamsul saat aktres ini menanti masa melahirkan Sumayyah (tahun 2019).
@bukanputerisarahh Sedih rasa..yg tk pernah lalui jangan cepat sangat menuding jari,kita tk duduk tempat dia,kita doakan yg baik2 je untuk Puteri,anak² dan keluarga🩶#puterisarahliyana #artismalaysia #fanspage #sedih #fyp #fyppppppppppppppppppppppp
Sarah dah banyak nangis…Mulakan hidup baru, awak berhak bahagia Sarah
Meraih hampir 1 juta tontonan, ramai netizen terkejut melihat keadaan Puteri Sarah yang jelas-jelas sedang kuat memendam masalah sendirian. Namun kini semuanya sudah berakhir, mereka mendoakan agar dia dapat membina kehidupan baru yang jauh lebih indah selepas ini.
Boleh nampak kepenatan & keperitan daripada mata dia
Masa ni dia tengah berjuang sorang-sorang
Kredit : TikTok puterisarahfans
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
