cinta * perhubungan Family Viral

Viral Staf Bahan Bos Bawa Bekal Isteri, Rupanya Ini Kisah Sebalik Bekas Aiskrim

Viral Staf Bahan Bos Bawa Bekal Isteri, Rupanya Ini Kisah Sebalik Bekas Aiskrim

Hampir seminggu yang lalu, seorang lelaki dengan akaun TikTok Boss Shukex berkongsikan rasa terhibur setelah ‘dibahan’ oleh beberapa orang stafnya ketika makan tengah hari di sebuah restoran. Sementara yang lain enak menjamah makanan kedai, dia terlihat tenang menjamu selera bekal disediakan oleh isterinya.

BACA : [VIDEO] Kawan Bujang Bahan Lunch Makan Bekal Isteri, Lelaki Ini Tak Melenting

Patutlah dia taknak join bila kami ajak keluar…Rupanya bawa bekal, sorok celah mana ni

Tidak ketinggalan, salah seorang daripada mereka turut mengusik mengenai makanan majikan mereka yang diisi dalam bekas aiskrim serta container bercorak animasi Avengers. Dalam satu video lain, terlihat juga lelaki itu tidak keluar rehat sebelum didapati sedang begitu berselera makan sendirian di bilik pejabat.

@bosshukex

Sedihkan saya kena buli …hahah

♬ original sound – Boss Shukex Halo Telco_oe – Boss Shukex Halo Telco_oe

@bosshukex

Replying to @Samsul Halo Telco kena buli lagi harini.. ingtkan dah selamat

♬ original sound – Boss Shukex Halo Telco_oe – Boss Shukex Halo Telco_oe

Mereka memang kawan baik & jenis bergurau macam tu

Sementara itu, isterinya iaitu Puan Norashikin Nordin sempat menceritakan kisah di sebalik penggunaan bekas aiskrim tempoh hari. Tidak mengambil hati dengan gurauan rakan sekerja suaminya yang viral itu, dia menjelaskan memang rutin biasanya akan menyediakan bekal pada setiap hari. Namun pada hari tersebut, anak mereka kebetulan menggunakan bekas makanan si ayah. Ini membuatkan si ibu gunakan sahaja bekas aiskrim yang banyak disimpan di rumah.

@ekynn5050

Replying to @karamsing_ bekas tupperware jangan lupa bawak balik ye bang. Hehe.. #fyp #fypシ゚viral #masukberanda #dapurpink #bentoboxlunch

♬ original sound – Ikmal Alif – Ikmal Alif

Tak kisahlah bekas apa pun, yang penting isinya cooked with love

Menjumpai respon balas Puan Norashikin berkenaan video lawak itu, ramai netizen memberikan pujian terhadap kerajinannya menyediakan bekal yang sedap untuk suami setiap hari. Bekasnya bukanlah satu isu, sebaliknya yang lebih bermakna apabila masakan itu disediakan dengan penuh tulus hasil air tangan sendiri.

Viral Staf Bahan Bos Bawa Bekal Isteri, Rupanya Ini Kisah Sebalik Bekas Aiskrim

Viral Staf Bahan Bos Bawa Bekal Isteri, Rupanya Ini Kisah Sebalik Bekas Aiskrim

Viral Staf Bahan Bos Bawa Bekal Isteri, Rupanya Ini Kisah Sebalik Bekas Aiskrim

Viral Staf Bahan Bos Bawa Bekal Isteri, Rupanya Ini Kisah Sebalik Bekas Aiskrim

Kredit : TikTok Boss Shukex & Norashikin Nordin

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Viral Staf Bahan Bos Bawa Bekal Isteri, Rupanya Ini Kisah Sebalik Bekas Aiskrim

Facebook

Telegram