Viral Video ‘Mengunyit’ – Remaja Dedah Cuma Pujuk Kawan Sedih Dapat Offer Study

Beberapa hari yang lepas, tular sebuah video yang mengundang kontroversi apabila 2 orang remaja lelaki dilihat melakukan ‘aksi mesra’ di atas sebuah motor. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Sungai Isap, Kuantan, Pahang dan telah menimbulkan banyak kecaman daripada netizen yang menonton paparan itu. Bagaikan tiada perasaan malu,  mereka dilihat ‘asyik’ melakukan perbuatan jijik di tempat awam walaupun banyak kenderaan  lalu-lalang di kawasan tersebut.

BACA: Konon Mintak Pujuk Sampai Emel, Instafamous Diselar Beri Nasihat Isu Merajuk

Terbaru, mereka telah memberikan kenyataan di sebuah portal hiburan bahawa perkara itu hanya salah faham daripada orang ramai sahaja. Sebaliknya, lelaki yang bernama Izzul yang duduk di atas motor itu menyatakan yang dia sedang bersedih gara-gara bakal berpisah dengan ibu bapanya selepas mendapat tawaran sambung belajar dan ditenangkan oleh rakannya, Aliff.

Semua tu hanya fitnah…saya sedih sebab kena hidup sorang diri & dipujuk oleh Aliff

Dalam pada itu, Aliff pula memberitahu bahawa dia sudah menjelaskan hal sebenar dalam paparan video itu kepada ahli keluarganya sebaik video tersebut viral di media sosial.

Kami kawan baik…memang dia berkelakuan macam budak2 sikit tapi kami tak bercumbu

Selain itu, salah seorang daripada mereka turut memaklumkan sudah memberikan keterangan kepada pihak berkuasa yang tentang maklumat sebenar di sebalik video itu.

Sumber: Harian MetroThe Reporter

Apa Komen Anda?