Viral Isu Semasa Kehidupan

Viralkan Fakir Miskin Berkali Minta Duit, Peniaga Seriau Kena Ugut Depan Kedai

Viralkan Fakir Miskin Berkali Minta Duit, Peniaga Seriau Kena Ugut Depan Kedai

Awalnya berniat baik memberikan popia percuma kepada seorang fakir miskin, peniaga bernama Apit Zaidi tidak menyangka budinya disalah guna. Semuanya bermula pada Ogos lalu apabila dia merasa kasihan melihat sepasang anak beranak yang sepertinya mahu membeli makanan itu namun tidak berkemampuan.

BACA : Peniaga Baik Hati Sedekah Makanan, Lepas Viral Datang Berkali-Kali Minta Duit

Niat kongsi rezeki, akhirnya fakir miskin layan macam ‘mesin ATM’

Meskipun niatnya cukup murni, tidak lama kemudian wanita sama datang berulang kali ke kedainya untuk meminta wang kononnya demi membeli barang keperluan. Bahkan setiap hari selepas kisahnya viral, dia akan muncul di sana bertanyakan mengenai sumbangan orang awam untuk keluarga mereka. Apit mulai kurang selesa dengan perbuatan mak cik terbabit yang melayannya umpama ‘mesin ATM’.

@apitzaidi_

ada sesiapa nak mengeluh hrini anda ad masalah ? tgok video ni .. depa kurang dri smua segi .. tpi Hidup mcm tkda msalah 🥰 spa jmpaa tlg bg ap yg hampa ad .. igt ! tk msikin klau bg org ap ap 🥰 #popisbropit #fypdongggggggg

♬ original sound – apit zaidi – @Bropit

Video viral malam, siangnya dia datang tunggu di kedai minta kutipan derma

Melalui temubual dengan mStar sebelum ini, dipercayai wanita berkenaan merupakan seorang penagih dan mempunyai zuriat ramai kerana beranak setiap tahun. Datang ke kedai Apit sebanyak 1-3 kali sehari, dia akan menggunakan anaknya sebagai ‘alat’ untuk meraih simpati.

@apitzaidi_

bukan nak fikir buruk . Skrg byk aku belajar . nak buat baik berpadalah bila dah tahu situasi sebenar … ❤️ #popisBropit #fypdongggggggg

♬ original sound – @Bropit – @Bropit

Sebab hanglah kesihatan mak cik ni terjejas…Stress pi mana-mana dah takde orang bagi duit

Mengambil iktibar agar sentiasa berpada-pada untuk membuat kebaikan, baru-baru ini Apit sekali lagi berkongsikan kerunsingan terbaru. Terdapat pihak yang datang ke tempatnya berniaga dan membuat ugutan. Katanya, mak cik berkenaan mengalami tekanan teruk akibat tidak lagi menerima derma daripada orang awam setelah segala kebenaran didedahkan sebelum ini. Malahan, suami kepada individu berbaju kuning itu pula membuat laporan polis atas dakwaan dihina netizen.

@apitzaidi_

Alhamdulillah terima kasih kuasa viral !! Report sudah ! ugut kata polis sudah ! halau cara baik sudah tp still makcik ni tk jalan .. sekali ja sya guna tiktok rupanya berkesan 😅 langsung tkmai dah … sya up video ni sat sja naa !! bila settle jaa smua dh fhm sya dlete yaa terima kasihh warta tiktok ❤️ #popisBropit

♬ original sound – @Bropit – @Bropit

Kredit : TikTok Apit Zaidi & FB mStar

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Viralkan Fakir Miskin Berkali Minta Duit, Peniaga Seriau Kena Ugut Depan Kedai

Facebook

Telegram