Viral

“Vivy Yusof Nampak Macam Terasing Dari Kita”- Pengarah Drama ‘Nur’ Buka Mulut

“Vivy Yusof Nampak Macam Terasing Dari Kita”- Pengarah Drama ‘Nur’ Buka Mulut

Sharing is caring!

Sejak konflik usahawan terkenal Datin Vivy Yusof tular di media sosial, sepertinya semua orang masih ingin berbalah meskipun permohonan maaf secara terbuka sudah dibuat. Bagi mengawalnya dari terus melarat, usahawan ini nekad untuk mengambil tindakan undang-undang. Melihat kepada situasi tegang ini, pengarah drama ‘Nur’ tampil memberi pendapat peribadinya tentang isu tersebut.

BACA: Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM, Kelayakan Vivy Yusof Dipersoal?

Nampak sangat terasing dengan ‘market’ dia

Menerusi posting terbaru Shahrulezad Mohameddin di laman Instagram, dia menyifatkan kehidupan Vivy Yusof sedikit terasing jika dibandingkan dengan penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Pengarah ini juga agak kurang senang apabila mengimbau challenge berbahasa Melayu dalam content YouTube Vivy yang menampakkan dirinya lebih terasing dari masyarakat.


“Vivy Yusof Nampak Macam Terasing Dari Kita”- Pengarah Drama ‘Nur’ Buka Mulut

“Vivy Yusof Nampak Macam Terasing Dari Kita”- Pengarah Drama ‘Nur’ Buka Mulut

Semuanya tentang dia jadi serba tak kena..

Walaupun terpalit dengan banyak kontroversi, Shahrulezad mengakui masih banyak sisi baik yang ada pada susuk bernama Vivy Yusof itu. Namun begitu, dia menyifatkan semuanya mungkin boleh dielakkan sekiranya Vivy berpegang dengan sikap down to earth dan mengamalkan identiti Melayu dalam kehidupan.

“Vivy Yusof Nampak Macam Terasing Dari Kita”- Pengarah Drama ‘Nur’ Buka Mulut

“Vivy Yusof Nampak Macam Terasing Dari Kita”- Pengarah Drama ‘Nur’ Buka Mulut

Mana tahu lepas ini giliran anda kena kecam?

Mengulas mengenai petisyen untuk menyingkirkan posisi Vivy sebagai ahli lembaga pengarah UiTM, Shahrulezad tetap berharap supaya usahawan wanita ini masih diberikan peluang untuk berubah. Meskipun begitu, dia yang hanya meluahkan pendapat peribadinya memohon supaya masyarakat tidak terlalu beremosi sewaktu bersuara.


“Vivy Yusof Nampak Macam Terasing Dari Kita”- Pengarah Drama ‘Nur’ Buka Mulut

“Vivy Yusof Nampak Macam Terasing Dari Kita”- Pengarah Drama ‘Nur’ Buka Mulut

 Sumber: Twitter Shahrulezad Mohameddin


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Vivy Yusof Nampak Macam Terasing Dari Kita”- Pengarah Drama ‘Nur’ Buka Mulut

Sharing is caring!