Viral

Wabak COVID-19 Uji Malaysia, Warga Palestin Tadah Tangan Kirim Doa

Wabak COVID-19 Uji Malaysia, Warga Palestin Tadah Tangan Kirim Doa

Sharing is caring!

Hari ini, Covid-19 di Malaysia makin meningkat, penghidap positif telah mencecah angka 900 orang. Walaupun tak boleh berkumpul di pusat ibadat, ramai yang berdoa dari rumah agar tanah air kembali sejahtera. Siapa sangka, ada juga insan prihatin yg bukan warganegara turut mngharapkan perkara sama.

BACA: Bakal Lawat Pelarian Syria Dan Palestin, Ella Dilantik Sebagai Ikon Kemanusiaan

Doa Palestin untuk Malaysia

Kekuatan umat Islam adalah doa, itulah antara ajaran agama yang boleh dilakukan selain usaha dan tawakal. Baru-baru ini, tular di laman Facebook seorang Profesor bernama Zainur Rashid Zainuddin berkongsi video pendek sekumpulan wanita dari Palestin mendoakan kesejahteraan untuk rakyat Malaysia yang sedang dilanda wabak virus korona.  

Wabak COVID-19 Uji Malaysia, Warga Palestin Tadah Tangan Kirim Doa

Wabak COVID-19 Uji Malaysia, Warga Palestin Tadah Tangan Kirim Doa


Wabak COVID-19 Uji Malaysia, Warga Palestin Tadah Tangan Kirim Doa
Gambar sekadar hiasan

Wabak COVID-19 Uji Malaysia, Warga Palestin Tadah Tangan Kirim Doa

Besar jiwa mereka walaupun sedang dijajah

Menerusi kepsyen Facebook miliknya, Prof. Dr Zainur kagum dengan jiwa dan semangat mereka tidak pernah kenal erti mengalah serta berputus asa dengan masalah yang sedang dijalani. Walaupun negara sendiri sedang ditindas,  tapi mereka tidak lupa untuk mendoakan negara Islam yang lain agar sentiasa dirahmati dan dipelihara oleh Allah SWT.

Semoga keamanan kembali bersinar…

Video yang ringkas tetapi menyayat hati itu telah mendapat perhatian netizen dengan memperoleh lebih 2 ribu tindak balas penonton. Rata-rata mengucapkan terima kasih kerana tidak lupa dengan saudara seagama di Malaysia. Malah, tidak kurang juga yang mendoakan kembali agar keamanan berpihak kepada Palestin suatu hari nanti. 


Wabak COVID-19 Uji Malaysia, Warga Palestin Tadah Tangan Kirim Doa Wabak COVID-19 Uji Malaysia, Warga Palestin Tadah Tangan Kirim Doa Wabak COVID-19 Uji Malaysia, Warga Palestin Tadah Tangan Kirim Doa

Sumber: Facebook ProfDrZainurRashid


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Wabak COVID-19 Uji Malaysia, Warga Palestin Tadah Tangan Kirim Doa

Sharing is caring!