Memasuki episod ke-12, drama ‘Rindu Kasih’ terus menitiskan air mata penonton. Kini, plot semakin memuncak kerana Salina sudah berjaya bertemu dengan ibunya semula selepas terpisah selama puluhan tahun. Pun begitu, watak banduan bernama Long itu masih belum tahu hakikat bahawa Ina adalah anak kandungnya sendiri.
BACA :Â Sengaja Rancang Kecurian Agar Dipenjara, Babak Sedih Salina Jumpa Ibu Kandung
Aku nak jumpa dia, tapi kalau jumpa dia boleh terima & maafkan aku ke?
Walaupun baru kenal, Long amat percaya kepada Salina sehingga terbuka menceritakan semula kisah silamnya. Jauh di sudut hati, dia yang baru disahkan mengalami kerosakan organ akibat pengambilan ‘barang’ amat-amat berharap satu hari nanti akan dapat jumpa dengan anak kandungnya meskipun risaukan penerimaan.
Allahuakhbar, nikmat apa yang kau berikan padaku Ya Allah? Mak, Fayad memang cucu mak
Dalam babak lain, Long menitiskan air mata ketika diberi peluang mendukung Muhammad Fayad Bin Amir iaitu bayi yang baru dilahirkan oleh Ina. Rakan selnya sempat memuji bentuk hidung Fayad mirip dengan Long tanpa mengetahui wanita itu sebenarnya sedang memegang cucu sendiri. Ina pula cuma mampu bersuara di dalam hati saja.
@syaz_aa nikmat allah perbagai bentuk..ina dh bersalin dpt anak lelaki #rindukasih #dramatv3 #episode12 #lakonanhebat #hanyalakonan #nikmat #amyzaaznan #umminazeera #izzueislam #fazlinaahmaddaud #nafizmuaz #ezzatyabdullah #sedihmenyentuhhati #fypla #tiktokmalaysian
Bila Ina nak kasi tau dia tu anak kandung Long? Takkan nak tunggu Long ‘pejam mata’ baru nak cakap
Melalui ruangan komen, ramai yang menitiskan air mata melihat lakonan mereka berdua selaku anak beranak. Penonton juga tertanya bilakah Ina akan mendedahkan segala-galanya kepada Long tentang pertalian sebenar.
Kredit : IG drama sangat, TikTok Syaz_aa, YouTube drama sangat official
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
