“Wajib Taubat..”- Hadir Ke Wedding Yang Tak Diundang, UAI Jelas Hukum Sebenar!

Sebelum ini, mungkin ada antara kita yang pernah menghadiri majlis perkahwinan meskipun tidak tersenarai sebagai jemputan tuan rumah. Kadangkala, perkara seperti ini berlaku apabila ada rakan yang mengajak kita sebagai peneman ke majlis tersebut. Tanpa rasa segan silu, kita pun secara selamba menghadiri majlis tersebut. Walaupun nampak remeh, ramai yang kurang cakna bahawa situasi ini juga ada hukum yang ditetapkan dalam agama.

Baca : [VIDEO] Tak Haram Tapi-Ketahui Hukum Sebenar Kenakan Baju Raya Sedondon!

Gambar sekadar hiasan

Tidak ketinggalan di Twitter seorang lelaki, dia juga sempat menyuarakan pendapatnya tentang isu menghadiri majlis kahwin tanpa undangan.

Tuan rumah ajak kau, kau je la datang…

Menerusi pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus, beliau ada mendedahkan hukum sebenar perkara ini.

Jika sekadar hadir menemani rakan, ia tiada masalah. Namun apabila kita menyantap hidangan yang disediakan, ia sudah termasuk dalam perkara yang haram. Bahkan perbuatan tersebut disifatkan sebagai mencur1.

Jika ada di antara kalian yang pernah melakukan perbuatan ini, Ustaz Azhar menjelaskan bahawa kita wajib bertaubat. Bukan itu sahaja, makanan itu juga mesti diganti dengan bayaran semula mengikut harganya. Kalau tidak, perkara itu boleh menjadi sebab mengapa taubat kita tidak diterima kelak.

Makan harta orang secara batil…

Sumber : Twitter xmshrx dan Youtube Shahzaro

Apa Komen Anda?