Menjelang hari pernikahan, sudah semestinya perasaan gemuruh serta takut akan hadir tidak kiralah daripada pihak perempuan mahupun lelaki. Segala persiapan perlu diteliti secara rapi bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah pada saat akhir. Jika tidak, sudah pasti ia akan mencetuskan tekanan kepada semua pihak.
BACA: Ayah Tutup Mata 3 Bulan Sebelum, Adik Umur 16 Tahun Jadi Wali Nikahkan Kakak
Bila wakalah wali bertukar.. kena juga hubungi abah…kalau tidak, adik tak dapat nikah
Situasi sama turut berlaku kepada seorang wanita selepas berlaku kesukaran semasa hari pernikahan adiknya. Menerusi perkongsian Mimi Liena di laman TikTok, pengantin telah pun membuat permohonan wakalah wali oleh kerana keadaan abah yang kurang sihat. Namun, takdir berlaku sebaliknya selepas individu berkenaan tidak dapat hadir last minit sehingga menangguhkan proses pernikahan.
@arfazlinamokhtar80 Bila wakalah bertukar.. kene jugak contact abah.. klw x adik x dpt nikah..🥴
♬ original sound – LovetaScarvesSitiSarah – LovetaScarvesSitiSarah
Terpaksa call abah saat akhir, tapi tak angkat-angkat…nasib ada mak tiri bagi bantuan
Tertekan dengan perkara itu, dia terpaksa menghubungi abah kembali namun usahanya gagal walaupun sudah berulang kali video call. Bagaimanapun, nasib menyebelahi mereka selepas mendapat bantuan daripada mak tiri dan dia berjaya melakukan panggilan. Menurut pemilik akaun, mereka berasa bersyukur kerana semuanya dipermudahkan dan pasangan pengantin telah pun selamat diijabkabul.
@arfazlinamokhtar80 Reply to @sueempire94 20 minit jugak la menunggu..cair mekup Pengantin..😅 kakak Pengantin gak yg steady..😊
Saya pun guna wakalah sebab bapak bapak saya tak sihat time tu. tapi syukur Alhamdulillah berjalan dengan lancar
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa syukur selepas melihat proses pernikahan adiknya berjalan lancar. Selain itu mereka juga turut menitip doa agar pasangan tersebut dipermudahkan dalam menempuh dunia perkahwinan.
Kredit: TikTok arfazlinamokhtar80
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
