Waktu Besarkan Anak Banyak Orang Beri Pendapat, Ibu Dan Ayah Perlu Sepakat

Buat suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga, kehadiran cahaya mata pasti menjadi antara detik terindah. Keseronokan yang dibawa si kecil mampu menjadi penyeri dalam hidup berkeluarga. Walau bagaimanapun, cabaran mengenai anak tidak terhenti saat melahirkan tetapi masih banyak yang perlu dihadapi kelak. Lebih-lebih lagi ia merupakan pengalaman pertama menjadi seorang ibu atau ayah. 

BACA: Selepas 25 Tahun, Suami Isteri Buktikan Masih Serasi Dulu, Kini Dan Selamanya

Bunyi macam seronok dapat anak…tapi itu bukan hakikatnya

Advertisement

Perkongsian mengenainya telah dimuat naik oleh seorang wanita, Intan Nadiah di laman Facebook. Jelasnya, proses membesarkan anak sedari lahir adalah tidak mudah. Bukan sahaja perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang ibu atau ayah yang perlu bangun menyusukan atau melayan kerenah anak di subuh hari. Malah perlu bersedih untuk menerima campur tangan ahli keluarga terdekat untuk memberi tips keibubapaan yang sangat berguna. 

Advertisement

Bila cara kau & suami jaga anak lain, banyak masalah timbul

Daripada sekecil-kecil perkara yang melibatkan pemilihan nama anak, sehingga ke sebesar-besar perkara contohnya penyusuan dan pemakanan anak. Pasti ada sahaja individu yang akan memberi komen serta menyarankan pendapat berdasarkan pengalaman masing-masing. Masalah-masalah yang timbul ini kadang kala dapat memberi kesan negatif dan menjejaskan hubungan suami isteri yang dibina. 

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

Bunyinya mudah tapi tak semuanya mudah

Oleh sebab itu, adalah penting untuk kedua individu yang baru bergelar ibu atau bapa ini memutuskan kata sepakat dalam membesarkan anak mereka. Meskipun ada tips yang diberikan orang lebih berpengalaman dalam kehidupan seharian, namun adakalanya diri sendiri perlu tahu menilai yang mana baik atau tidak supaya tidak memudaratkan. 

Advertisement

Sumber: Facebook Intan Nadia

Apa Komen Anda?