Family Artis Inspirasi

Walau Helaian RM1, Reaksi Yusuf & Alisa Masa Buka Sampul Duit Raya Undang Sebak

Walau Helaian RM1, Reaksi Yusuf & Alisa Masa Buka Sampul Duit Raya Undang Sebak

Apabila tiba Hari Raya, isu duit raya sering menjadi perdebatan khususnya ibu bapa yang merasakan tuan rumah sangat berkira jika cuma memberikan RM1. Bukanlah benda wajib pun, namun respon seperti itu terkadang memberi tauladan buruk dan membuatkan anak-anak berani merungut. Namun bagi Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah, nampaknya reaksi mereka cukup mencetuskan rasa senang ramai.

BACA : Kecil-Kecil Anak Dah Pandai Beli Emas, Siap Bayar Sendiri Pakai Duit Raya

Walau Helaian RM1, Reaksi Yusuf & Alisa Masa Buka Sampul Duit Raya Undang Sebak

Yusuf & Alisa buka sampul duit raya

Dalam video di TikTok ini, anak kepada pasangan selebriti terkenal itu terlihat teruja saat membuka sampul duit raya sepanjang meraikan Syawal sejak 2 Mei lalu. Masih lagi polos dan tidak pernah diajar bagi meremehkan pemberian orang, Yusuf dan adiknya benar-benar gembira termasuklah apabila melihat helaian wang RM1.


Walau Helaian RM1, Reaksi Yusuf & Alisa Masa Buka Sampul Duit Raya Undang Sebak

Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan kepada semua orang yang buat saya gembira

Lebih manis lagi, Hanis Zalikha turut mengajarkan Yusuf sebaris doa pendek semoga Allah sentiasa memberikan kesejahteraan kepada semua orang yang membuat mereka gembira. Cukup ringkas, namun didikan murni selebriti itu sebagai ibu bapa berjaya menerapkan nilai syukur dalam diri anak-anak mereka.

@haniszalikha

Money! Mr.Krab money!

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Boleh kata tak ramai parent ajar anak buat macam tu…Manner nombor 1

Melihat reaksi sopan dan ikhlas adik beradik berkenaan, netizen di ruangan komen sempat meluahkan rasa sebak. Mereka turut memberikan pujian terhadap cara Hanis dan suaminya mendidik anak tentang adab-adab menerima pemberian orang.


Walau Helaian RM1, Reaksi Yusuf & Alisa Masa Buka Sampul Duit Raya Undang Sebak

Walau Helaian RM1, Reaksi Yusuf & Alisa Masa Buka Sampul Duit Raya Undang Sebak

Walau Helaian RM1, Reaksi Yusuf & Alisa Masa Buka Sampul Duit Raya Undang Sebak


Kredit : TikTok Hanis Zalikha

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Walau Helaian RM1, Reaksi Yusuf & Alisa Masa Buka Sampul Duit Raya Undang Sebak

Facebook

Telegram