Walau Pernah Berhenti Separuh Jalan, Tapi Tak Halang Jodoh Antara 2 Negara!

Jarak bukanlah alasan untuk kita tidak bersama dengan orang tersayang. Namun sebaliknya, ianya adalah jalan untuk menguji kekuatan sesebuah hubungan. Itulah yang dapat digambarkan mengenai pengantin baru yang mendapat perhatian ramai di laman Twitter baru-baru ini. Siapa dapat menyangka, perkenalan antara seorang lelaki Singapura dengan seorang gadis tempatan sejak 7 tahun lalu di alam maya telah berakhir di jinjang pelamin.

BACA: Sorang Di Sabah, Sorang Di Johor – Kalau Dah Jodoh, Jarak Bukanlah Penghalang!

Saya menetap di Singapura, manakala isteri tinggal di Kuala Lumpur. Sejak dulu lagi kami dah sedia maklum bahawa ujian ini bukan sesuatu yang mudah untuk ditempuhi. Tapi selepas 7 tahun merasai hubungan jarak jauh, dengan izin-Nya kami sah menjadi suami dan isteri juga akhirnya. 

Jelas pemuda bernama Muadz bin Suhaimi ini, mereka berkenalan menerusi rakan abangnya yang pernah menyambung pelajaran di ibu negara pada tahun 2012. Sejak dari itu, mereka berhubung melalui mesej dan Facebook sebelum pertama kali bersua muka pada 7 April 2013. Namun apa yang ramai tak tahu, hubungan mereka ini rupanya pernah berhenti di separuh jalan.

Walaupun jarang bertemu, tapi banyak perkara yang kami sering kongsikan bersama-sama. Malah bila perkenalan dah semakin lama, kami juga mula percaya pada satu sama lain. Walaupun begitu, kami pernah berhenti contact atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Dan sejak daripada tu saya unfollow semua media sosial dia & bawa haluan sendiri.

Saya pernah cuba move on dengan buat beberapa rakan baru, tapi susah nak ‘ngam’ dengan orang lain. Lepas setahun, isteri ada contact balik dan kami rapat sebagai kawan sahaja sebab tak nak sejarah lama berulang kembali. Ternyata perancangan Allah itu lagi baik, dan kami selamat diijabkabulkan pada 7 September lalu di Shah Alam.

Dedah pemuda berusia 24 tahun itu lagi kepada Erin Sakura, komunikasi dan doa adalah antara elemen terpenting dalam menjayakan sesebuah hubungan. Dalam pada itu, dia turut berterima kasih juga terhadap ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan-rakan yang telah bantu menjayakan hari bahagia mereka.

Sepanjang kenal Siti Adilah, saya pasti beritahu dia tentang semua perkara termasuklah jika mahu keluar dengan rakan perempuan sekalipun. Sebab komunikasi adalah kunci paling utama dalam hubungan percintaan jarak jauh (PJJ) seperti ini. Selain itu, kita juga perlulah bersikap jujur & jaga kepercayaan yang diberikan oleh partner masing-masing. Jika berdepan ujian pula, tak perlu ceritakan sangat kepada pihak lain & cuba selesaikan berdua secepat mungkin. Last sekali, banyakkan berdoa sebab hati kita ni Tuhan yang pegang.

Sumber: Twitter adzshmi & IG muadzsuhaimi_

Apa Komen Anda?