Walaupun Bertemu Jodoh Di Disko, Tapi Lepas Kahwin Belajar Mengaji Sama2

Kebanyakkan daripada kita pastinya meletakkan mindset bahawa mereka yang pernah bertandang dari kelab malam itu adalah sebagai orang yang tidak baik. Seperti yang kita tahu, pusat hiburan sentiasa dipenuhi dengan manusia tanpa mengenal umur, bangsa dan agama. Namun berbeza pula dengan wanita ini apabila dia berkongsikan detik ketika pertama kali bersua muka dengan suaminya di salah sebuah kelab malam terkenal.

BACA: Jodoh Cerminan Diri, Suami Isteri Doktor Ini Jadi Inspirasi Ramai!

Belajar memperlahankan aktiviti ke kelab malam

Menurut mStar, Murni Hidayah Azman Tang yang berusia 23 tahun mengenali suaminya iaitu Muhammad Azmi Che Muda, 31 tahun di salah sebuah kelab malam terkenal di Kuala Lumpur pada pertengahan tahun lepas.

Difahamkan ketika mereka berjumpa di sana, Ninie sebenarnya sedang mula belajar untuk memperlahankan aktiviti ke sana. Namun kebetulan pada waktu itu dia perlu ke sana bagi berjumpa dengan teman lamanya.

Masa tu suami tegur, cakap nak berkawan

Kata Ninie lagi, pada waktu itu la Azmi menegurnya buat kali pertama. Ninie turut membongkarkan rahsia bahawa dia terpikat dengan suaminya kerana Azmi tidak pernah cuba untuk menyentuh dirinya sepanjang mereka berkawan.

3 bulan lepas jumpa, terus nak kahwin

Mereka berdua mula merancang untuk berkahwin selepas tempoh 3 bulan mengenali diri masing-masing. Anak kelahiran Pulau Pinang itu turut memaklumkan bahawa dia dan suami ada ke kelab malam sebanyak dua kali sejak menjadi suami isteri.

Bila pergi sana, ramai anak melayu…

Tambah Ninie, dia mula sedar akan kesilapannya dan nekad untuk berubah bersama-sama dengan suami tercintanya itu. 

Kalau kejut subuh, sekali kejut je dia terus bangun

Tanpa disangka, suaminya itu juga mempunyai niat yang sama untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mereka membuat keputusan untuk menyertai kelas al-Quran di salah sebuah pusat mengaji terkenal. Tambah Ninie, suaminya juga sangat bersungguh-sungguh untuk menyertai kelas tersebut sejak awal-awal lagi.

Pun begitu, Ninie tidak menggalakkan orang ramai untuk jadikan kelab malam tersebut sebagai salah satu tempat untuk mereka mencari jodoh. Katanya apa yang terjadi padanya itu adalah takdir dirinya, dan tidak semua mempunyai cara yang sama.  Dalam pada itu dia juga berharap agar orang ramai dapat menjadikan kisah ini sebagai pengajaran.

Sumber: mStar, Twitter Ninietang143

Apa Komen Anda?