Cinta Family

Walaupun Beza 2 Negara, Ibu Ashraf Tak Putus Beri Semangat Buat Menantu

Walaupun Beza 2 Negara, Ibu Ashraf Tak Putus Beri Semangat Buat Menantu

Sharing is caring!

Meskipun sudah sebulan berlalu, pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair akibat komplikasi jantung masih menjadi bualan ramai. Malah kini isteri  kepada Allahyarham Bunga Citra Lestari (BCL) dilihat telah mula kembali bekerja. Namun apa yang dibanggakan adalah ibu kepada Ashraf masih tidak lupa dan mengabaikan menantu dan cucunya itu.

BACA : Derma Tapi Tak Menunjuk, Fasha Harap Ramai Contohi Kebaikan Ashraf Sinclair


Walaupun Beza 2 Negara, Ibu Ashraf Tak Putus Beri Semangat Buat Menantu

Sering upload foto bersama

Jika dilihat menerusi akaun laman sosial Instagram milik Khadijah Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Dida, dia sering memuat naik foto bersama cucunya, Noah Sinclair dan menantu BCL Biarpun menetap di dua negara berbeza, ia tidak menjadi penghalang untuk wanita itu memberikan semangat kepada mereka melalui media sosial. 

 

Terima kasih semua

Dida juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan kata-kata murni dan mengagumi menantunya sebagai seorang wanita yang tabah. Selain itu, wanita tersebut berjanji akan sentiasa mempunyai hubungan baik dengan BCL biarpun anaknya sudah tiada. Walau bagaimanapun, dia akan sentiasa memberi perhatian kepada Noah sepanjang kanak-kanak berkenaan membesar.


Walaupun Beza 2 Negara, Ibu Ashraf Tak Putus Beri Semangat Buat Menantu

Mentua baik hati

Perkongsian Dida tersebut telah mendapat reaksi positif dari orang ramai. Rata-rata mereka memuji sikap ahli keluarga Allahyarham kerana tidak mengabaikan dan melupakan Bunga walaupun Ashraf sudah tiada. Malah  netizen turut memasang impian memiliki ibu mentua seperti Dida.

Walaupun Beza 2 Negara, Ibu Ashraf Tak Putus Beri Semangat Buat Menantu Walaupun Beza 2 Negara, Ibu Ashraf Tak Putus Beri Semangat Buat Menantu Walaupun Beza 2 Negara, Ibu Ashraf Tak Putus Beri Semangat Buat Menantu

Sumber : Instagram Dida SinclairAstro Gempak


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Walaupun Beza 2 Negara, Ibu Ashraf Tak Putus Beri Semangat Buat Menantu

Sharing is caring!