Kehidupan

Walaupun Gaji Lagi Tinggi, Tapi Bukan ‘Lesen’ Wanita Tak Hormat & Memerli Suami

Walaupun Gaji Lagi Tinggi, Tapi Bukan ‘Lesen’ Wanita Tak Hormat & Memerli Suami

Sharing is caring!

Memang benar bahawa realitinya terdapat ramai isteri yang memiliki pendapatan lebih tinggi berbanding suami mereka. Walau bagaimanapun, ia bukannya alasan untuk memperlekehkan mereka berdasarkan nilai gaji semata-mata. Hakikatnya, wanita perlu menjauhkan diri daripada bersikap derhaka kepada partner mereka gara-gara berbangga dengan kelebihan yang dimiliki.


BACA: Isteri Derita Perkahwinan Toksik, Suami Jadikan Seperti Orang Gaji Tak Berbayar

Dengar cakap walaupun suami bergaji rendah…Tapi penting untuk ada aset sendiri

Menerusi posting di Instagram, Atierah Zulfatie menyatakan bahawa seseorang isteri harus menghormati suami meskipun terpaksa berhadapan dengan hakikat jurang gaji yang ketara. Di samping itu, dia mengingatkan para isteri agar tidak menghina kekurangan partner kerana mereka telah bekerja keras untuk memberikan nafkah secukupnya. Malah, Beby Tora menyarankan supaya wanita memiliki harta sendiri agar dapat digunakan sekiranya berlaku perkara kecemasan.


Walaupun Gaji Lagi Tinggi, Tapi Bukan ‘Lesen’ Wanita Tak Hormat & Memerli Suami

Walaupun Gaji Lagi Tinggi, Tapi Bukan ‘Lesen’ Wanita Tak Hormat & Memerli Suami

Suami dulu kerja sebagai pemotong ayam…Tidak kisah asalkan rezeki itu halal

Selain itu, Instafamous ini mengakui bahawa dia bertemu dengan suaminya yang bekerja sebagai pemotong ayam di sebuah kedai makan. Walau bagaimanapun, Beby Tora tidak mengambil kisah tentang perkara berkenaan asalkan pekerjaan tersebut halal. Tambahan pula, dia berasa lebih bahagia selepas mendirikan rumah tangga bersama Apit Johari serta mendoakan orang ramai agar merasai perkara yang sama seperti yang dilalui mereka.


Walaupun Gaji Lagi Tinggi, Tapi Bukan ‘Lesen’ Wanita Tak Hormat & Memerli Suami

Walaupun Gaji Lagi Tinggi, Tapi Bukan ‘Lesen’ Wanita Tak Hormat & Memerli Suami
Gambar sekadar hiasan

Walaupun Gaji Lagi Tinggi, Tapi Bukan ‘Lesen’ Wanita Tak Hormat & Memerli Suami

Sumber: Instagram beby_toratora

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!