Walaupun Hidap Masalah Kulit Serius, Tulisan Jawi Adik Ini Buat Ramai Kagum

Meskipun hidup berdepan kekurangan dari segi fizikal, namun itu tidak menjadi penghalang atau alasan kepada mana-mana individu ‘istimewa’. Hal ini kerana Allah pasti mengurniakan setiap insan dengan kelebihan dan kekuatan masing-masing. Malah, kemampuan mereka mungkin jauh lebih baik berbanding yang dilahirkan sempurna fizikal seperti kisah kanak-kanak bernama Muhammad Alif Firdaus ini.

BACA: “Kaki Palsu Bukan Alasan..” Posmen Kudung Kaki Bangkit Semula Lepas Musibah

Advertisement

Susah nak tulis sebab jari melekat

Menerusi posting Facebook dibuat oleh Ruz Dyah, dia meluahkan rasa bangga terhadap bakat yang dikurniakan anak lelakinya itu. Gara-gara menghidap masalah kulit yang serius (Epidermolysis Bullosa), keadaan jari jemari anaknya melekat dan mengelupas kemerah-merahan. Meskipun begitu, tulisan jawi ditulis oleh Alif masih kelihatan rapi berbanding anaknya yang lain. 

Advertisement

 

Tak pernah merungut & semangat bersekolah

Advertisement

Menurut ibu kepada 3 orang anak ini lagi, Muhammad Alif sudah masuk darjah 3 bagi sesi persekolahan tahun ini. Lebih mengharukan, ibunya memuji semangat yang ditonjolkan oleh buah hatinya ini kerana mampu menguruskan dirinya sendiri di sekolah walaupun kekurangan itu. Di penghujungnya, dia sempat meluahkan rasa kesyukuran atas kehadiran anak istimewanya ini dalam hidup mereka. 

Advertisement

Kita yang sempurna pun belum mampu tulis secantik dia

Melihat ke ruangan komen pula, rata-rata netizen berasa kagum dengan hasil kerja adik ini yang kemas. Ramai tampil memuji bakat dirinya melebihi seseorang yang normal. Tidak kurangnya juga ada yang turut mendoakan terbaik buat kanak-kanak ini. 

Advertisement

Advertisement

Sumber: Facebook Ruz Dyah

Advertisement

Apa Komen Anda?