Walaupun Jangkaan Awal Pada 2020, Nina Iskandar Selamat Melahirkan Anak Sulung

Rezeki cahaya mata merupakan anugerah yang cukup terindah daripada Maha Esa. Meskipun kelahirannya juga boleh dianggap satu ujian, namun sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk melindungi mereka sebaik mungkin dalam melayari bahtera perkahwinan. Baru-baru ini, aktres terkenal Nina Iskandar dikhabarkan telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulungnya. Sebelum ini, dia pernah memberitahu kepada umum bahawa bakal menjadi seorang ibu apabila berkongsi foto baby bump sekitar bulan Ogos lalu.

BACA: Pelakon Jelita Kongsi Rasa Syukur Bersalin, Tapi Anaknya Pula Terlebih Excited

Advertisement

Sepatutnya lahir pada 2020..tapi perancangan Allah lebih baik

Perkara itu baru sahaja dimaklumkan menerusi akaun Instagram miliknya sebentar tadi. Ujar pelakon drama ‘Andainya Takdir’ tersebut, dia sendiri tidak menyangka akan bersalin lebih awal daripada jangkaannya iaitu pada tahun 2020. Menerusi kapsyen gambar bersama bayi itu, Nina menzahirkan rasa syukur kepada Allah atas rahmat serta ‘hadiah’ tak ternilai iaitu memberikan gelaran ‘ibu’ buat dirinya.

Advertisement
View this post on Instagram

You were supposed to be my 2020, but I believe Allah has better plans. Assalamualaikum & welcome to the world, my child. In this Dunya everything is temporary, and although sometimes I too forget that it shouldn’t fill the void inside us, I hope that with your presence it will remind us together. And no matter in Dunya or Akhirah, you are a blessing and an incredible gift from Allah SWT, who gave me my cherished title of ‘Mother’. You’re my responsibility now, and I pledge with all my life I will protect you and take care of you for as long as I’m still breathing. 9.25am, 23rd December 2019 marks the birth of my first born child. Alhamdulillah. #AmanahDuniaAkhirat

A post shared by Nina Iskandar 🇧🇳 (@ninaiskandar) on

Advertisement

Sumpah akan melindungimu sepanjang hayat..

Dalam pada itu, dia turut menyatakan hasrat akan melindungi serta menjaga cahaya mata pertamanya itu sehingga ke akhir hayatnya. Menurut Nina Iskandar lagi, bayi comel tersebut telah selamat dilahirkan pada jam 9.25 pagi pada tarikh hari ini (23 Disember 2019). menjadi tarikh keramat kelahiran anak sulung saya. Terdahulu, selebriti berusia 28 tahun itu bernikah dengan lelaki pilihannya yang juga penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan, pada awal bulan April tahun ini.

Advertisement

Alhamdulillah syukur…baby tak sabar nak jumpa mummy daddy la tu

Menjengah ke ruangan komen pula, beberapa rakan artis dan peminat membanjiri posting tersebut dengan ucapan tahniah atas kelahiran yang cukup bermakna tersebut. Di samping itu, rata-rata mereka turut berseloroh bahawa bayi itu semangat untuk keluar lebih awal daripada tarikh jangkaan kerana sudah tidak sabar untuk bertentang mata dengan ibu bapanya.

Advertisement

Advertisement

Sumber: IG ninaiskandar

Advertisement

Apa Komen Anda?