Walaupun Sakan Beraya, Ibu Mengandung Jangan Suka Abaikan 7 Benda Penting Ini!

Dalam kemeriahan pulang ke kampung atau mengunjungi rumah sanak saudara untuk beraya, ibu hamil perlu ingat bahawa mereka ada pantang-larang yang perlu diambil berat. Janganlah sakan beraya sehingga lupa bahawa anda membawa satu nyawa kecil di dalam perut. Justeri itu menerusi artikel Mingguan Wanita, Dr Sakinah Sulong telah berkongsikan beberapa perkara penting yang perlu diikuti oleh ibu hamil sepanjang perayaan.

Baca : Kalau Balik Beraya Kampung Sendiri, Jangan Biar Partner Terpinga Keseorangan

Gambar sekadar hiasan

1) Jangan lupa bawa buku rekod sepanjang masa

Ini adalah buku yang sepatutnya menjadi peneman setia ibu hamil memandangkan anda juga tidak tahu bila hal kecemasan akan berlaku.

2) Sediakan segala ubat yang menjadi keperluan

Masa raya, banyak juga pusat kesihatan yang tutup. Bayangkan kalau anda tak sihat, sukar pula nak cari ubat. Kalau sediakan awal pasti lebih selamat.

3) Maklumkan semula temu janji kepada jururawat

Ibu hamil dan jururawat memang tak dapat dipisahkan. Katalah anda tak jadi nak jumpa, baik beritahu jururawat lebih awal untuk memudahkan urusan.

4) Jangan makan tak ingat dunia

Segala juadah raya memang sedap. Namun kandungan makanan yang diambil tanpa kawalan boleh jejaskan kandungan tau. Hati-hati ketika memilih makanan.

4) Elakkan pakai baju yang ketat-ketat

5) Jangan hanya duduk dalam perjalanan yang panjang

Jika menghadapi perjalanan pulang raya yang panjang, ibu hamil jangan hanya terduduk sepanjang masa kerana itu boleh menjejaskan kandungan tau? Jadi bolehlah bangun dan bergerak sedikit.

5) Jangan suka tahan kencing

Sumber : Portal Mingguan Wanita

Apa Komen Anda?