Isu Semasa

Walaupun Telah Dilarang, Rakyat Malaysia Turut Serta Himpunan Tabligh Indonesia

Walaupun Telah Dilarang, Rakyat Malaysia Turut Serta Himpunan Tabligh Indonesia

Sharing is caring!

COVID-19 yang menular di seluruh dunia telah meragut ribuan nyawa. Malah sehingga kini tiada vaksin khas yang berjaya dihasilkan untuk merawat mereka yang dijangkiti wabak berkenaan. Kebanyakan negara juga telah mengisytiharkan darurat bagi memerangi penularan virus tersebut yang dilihat semakin ‘mengganas’. Sejak beberapa hari lalu, kluster jemaah tabligh di Sri Petaling telah menjadi penyumbang utama kepada kenaikan mendadak jumlah kumulatif positif COVID-19.

BACA : Kakitangan Positif COVID-19, PLUS Tutup Plaza Tol Ebor


Walaupun Telah Dilarang, Rakyat Malaysia Turut Serta Himpunan Tabligh Indonesia
Gambar sekadar hiasan

 

Tidak mendapat keizinan pihak berkuasa

Memetik laporan Astro Awani, jemaah tabligh di Indonesia bakal mengadakan acara Ijtima’ of Asia 2020 pada 19 Mac hingga 22 Mac di wilayah Sulawesi. Walaupun pihak berkuasa telah meminta penganjur supaya mengangguhkan acara tersebut, namun jemaah tabligh berkenaan berkeras mahu melangsungkan program itu. Menurut ketua jemaah tabligh mereka tidak bimbang dengan risiko dijangkiti COVID-19 kerana percaya diri telah dilindungi Tuhan. Difahamkan seramai lebih 16 ribu peserta dari 48 buah negara akan menghadiri ijtima’ itu.

Walaupun Telah Dilarang, Rakyat Malaysia Turut Serta Himpunan Tabligh Indonesia
Gambar sekadar hiasan

Rakyat Malaysia antara yang terlibat

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memberitahu seramai 83 orang rakyat Malaysia  telah berada di wilayah Sulawesi untuk menghadiri acara tersebut. Walau bagaimanapun, pihak kedutaan telah mengeluarkan arahan supaya mereka tidak menyertai program yang dianjurkan oleh Tablighi Jama’at itu. Mereka juga dikehandaki melapor diri di pejabat kedutaan bagi tujuan pemeriksaan.


Walaupun Telah Dilarang, Rakyat Malaysia Turut Serta Himpunan Tabligh Indonesia
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Astro Awani


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Walaupun Telah Dilarang, Rakyat Malaysia Turut Serta Himpunan Tabligh Indonesia

Sharing is caring!