cinta * perhubungan Viral

Wanita Diganggu Masa Keluar Dating, Duda ‘Gila Talak’ Halang Tutup Pintu Kereta

Wanita Diganggu Masa Keluar Dating, Duda ‘Gila Talak’ Halang Tutup Pintu Kereta

Istilah ‘gila talak’ menggambarkan penyesalan seorang suami yang tidak dapat menerima kenyataan sudah berpisah dengan bekas isteri. Mungkin bagi sesetengah rumah tangga, isu yang berlaku dalam hubungan boleh diperbaiki melalui perbincangan sesama sendiri. Namun andai sudah tertulis takdir, talak terpaksa dilafazkan agar kedua-dua pihak boleh pergi mencari kebahagiaan sendiri.

BACA : Meroyan Pisah Dengan 2 Isteri, Pelakon Serik Poligami Lebih Bahagia Jadi Duda

Aku nak pergi dating, kau ni sibuklah

Lelaki yang gila talak terkadang nampak seperti orang kurang waras dan boleh bertindak di luar kawalan. Jika selama ini realiti itu banyak digambarkan menerusi kaca televisyen, video terbaru yang tular di TikTok wanita @ezangalus cukup membuktikan betapa tegangnya situasi duda gila talak ini. Ketika itu, dia bersama seorang jejaka terlihat berada di dalam kereta dan difahamkan sedang dalam perancangan untuk keluar dating.

Wanita Diganggu Masa Keluar Dating, Duda ‘Gila Talak’ Halang Tutup Pintu Kereta

Dudaku meroyan, #gilatalak…Kau selama ni yang ubah bini aku

Seakan-akan cemburu buta, bekas suaminya mula naik angin dan menghalang lelaki tersebut daripada menutup pintu kereta. Meskipun pasangan itu tidak melawan dengan kekasaran, namun duda berkenaan kedengaran terus mengeluarkan dialog provokasi berunsur salah menyalahkan selain bercakap tentang pemilikan kereta.

@ezangalus0

aku nak pergi dating😅ko ni sibukla🤣🤣🤣#fyp#viralvideo #gilatalak#akubukanbiniko

♬ original sound – ezan galus 🔥 – ezan galus 🔥

Dia masih tak reda, kesian kat dia…Dah sah tiada apa-apa, masing-masing mencari kebahagiaan sendiri

Kurang 5 jam dimuat naik, rakaman berdurasi 49 saat berkenaan telah pun meraih hampir 200 ribu jumlah tontonan. Netizen di ruangan komen menasihati agar kedua-dua pihak berbincang secara damai selain berharap duda tersebut boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.

Wanita Diganggu Masa Keluar Dating, Duda ‘Gila Talak’ Halang Tutup Pintu Kereta

Wanita Diganggu Masa Keluar Dating, Duda ‘Gila Talak’ Halang Tutup Pintu Kereta

Wanita Diganggu Masa Keluar Dating, Duda ‘Gila Talak’ Halang Tutup Pintu Kereta

Wanita Diganggu Masa Keluar Dating, Duda ‘Gila Talak’ Halang Tutup Pintu Kereta

Kredit : TikTok ezangalus

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Wanita Diganggu Masa Keluar Dating, Duda ‘Gila Talak’ Halang Tutup Pintu Kereta

Facebook

Telegram

Kasut