Wanita Ini Risau Dimarah Sebab Terkena Kereta Orang, Tapi Sebaliknya Berlaku

Sebelum ini, kita pernah dikejutkan dengan sebuah insiden di mana seorang penunggang motosikal lelaki yang bertindak untuk menampar seorang pemandu wanita gara-gara tidak memberikan lampu signal semasa memasuki sebuah simpang. Walaupun isu tersebut telah selesai, namun paparan sikap yang ditonjolkan mereka termasuklah menggunakan kata-kata kesan adalah tindakan melampau dan sangat tidak wajar.

BACA: “Kerja Kami Sama Macam B0mba & P0lis..” – Doktor Kongsi Suasana Berbuka Di IJN

Sepatutnya semua rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada coretan pengalaman Dr Aniah di Facebook miliknya pada bulan puasa yang lalu.

Saya pernah terlibat dalam sebuah kemaIangan kecil dengan sebuah kereta yang dinaiki oleh Dr Loges yang bertugas di KPM semasa kami di satu persimpangan lampu isyarat yang hampir di kawasan rumah saya. Kami kemudiannya berhenti di tepi jalan yang kurang sesak & dia terus bersalam sambil memperkenalkan dirinya kepada saya.

Gambar sekadar hiasan

Dr. Aniah kemudiannya menjelaskan bahawa dia yang bersalah dalam insiden tersebut kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan bumper kereta wanita itu kemik. Namun reaksi balasnya adalah sangat mengejutkan!

Saya mengaku terlelap sikit semasa memandu & meminta maaf kepadanya. Dia sangat memahami situasi saya ketika itu, memandangkan ianya hari pertama Ramadhan. Selain itu, dia turut menyarankan agar kami pulang ke rumah dan saya berbuka puasa terlebih dahulu, kerana laporan p0lis boleh dibuat pada waktu lain.

Lebih mengharukan, Dr Loges turut mengucapkan ‘Selamat Berbuka Puasa’ kepadanya semasa mereka berbalas mesej pada malam tersebut.

Saya menjangkakan situasi ini bakal menyebabkan saya ditengking atau dimarahi, tapi respon sebaliknya pula yang saya telah dapatkan. Kami juga telah menjalin hubungan persahabatan selepas kejadian tersebut. 

Terima kasih kerana jujur & terus meminta maaf..

Mengambil pengajaran daripada kejadian terebut, Dr Aniah  berpesan kepada dirinya dan orang lain agar berehat atau tidur secukupnya dahulu sebelum memandu jika badan terlalu penat. Kisah yang penuh sikap keprihatinan pengguna jalanraya itu telah mendapat perhatian ramai netizen dan Dr Loges sendiri.

Terima kasih Dr kerana berikan erti hidup bermasyarakat

Rakyat Malaysia sebenarnya saling hormat antara satu sama lain…

 

Sumber: FB Dr Aniah Azmi

Apa Komen Anda?