Wanita Ini Sanggup Jadi Badut Asalkan Kucing Jalanan Cukup Makan & Sihat

Sejak kebelakangan ini kerap kali kita dengar berita-berita yang tidak menyenangkan mengenai dengan haiwan. Pun begitu, masih ada ramai lagi yang sebenarnya mempunyai sifat simpati dan kasihan kepada haiwan-haiwan jalanan di luar sana. Seperti wanita ini apabila dia sanggup menghabiskan masanya menjadi seorang badut, semata-mata untuk menjaga kebaikan haiwan jalanan tersebut.

BACA: Berkat Bela Kucing, P4sangan Akhirnya Dikurnia Zuriat Lepas 2 Tahun Menanti!

Menurut laporan WOB, seorang wanita yang berusia 42 tahun iaitu Nazirah Abd Rahman telah menghabiskan masanya menjadi seorang badut di salah sebuah kafe yang terletak di Ipoh, Perak.

Difahamkan Nazirah bekerja sebagai seorang Perunding Kecantikan pada hari minggu, manakala pada hari biasa dia bekerja sebagai seorang badut sejak 4 tahun yang lepas.

Selain daripada memberikan makanan kepada haiwan jalanan itu, Nazirah juga akan membawa mereka ke klinik haiwan sekiranya perlu. Nazirah yang turut mempunyai 50 ekor kucing di rumah itu berkata, dia menghabiskan wangnya sebanyak RM400 pada setiap minggu untuk haiwan-haiwan jalanan tersebut. Difahamkan juga Nazirah kini sedang terapkan sifat terpuji itu kepada kedua-dua cahaya matanya agar sentiasa sayangkan haiwan.

Sumber: WOB

Apa Komen Anda?