Ada anak bukanlah satu-satunya penentu kebahagiaan, namun isteri manalah yang tidak teringin menghadiahkan cahaya mata buat suami? Lebih-lebih lagi yang sudah lama kahwin, jauh di sudut hati mereka selalu berdoa semoga dapat merasai kehadiran malaikat kecil sebagai penghuni rahim.
BACA : Kerap Ditanya Soal Zuriat, Wanita Luah Sebak Dengar Perlian Rakan Sekerja
Pergi pantai tinggal suami macam tu je kat rumah…Down teruk bila dapat tau my adik dah preggy
Di TikTok, wanita dengan akaun TikTok Mummy Ean sempat berkongsikan kesedihan dalam fasa TTC suatu ketika dahulu. Pada tahun lepas, dia pernah pergi ke pantai seorang diri untuk menenangkan jiwa setelah mendapati adiknya yang kahwin kendian sudah hamil dulu.

Kita lebih tua dari suami…Kita takut sangat tak dapat bagi baby awal-awal kat dia
Oleh kerana umurnya jauh lebih tua, dia risau andai gagal memberikan zuriat kepada suami. Tanpa disangka-sangka, sebenarnya waktu itu dia pun sedang mengandung namun belum dapat tahu lagi. Apabila usia kandungan mencecah 4 bulan, barulah wanita ini sedar dirinya juga bakal bergelar ibu.
@eanzhafran Kita pun pejuang dua line dulu wak . Vtt ni tahun lepas punya which is lari sorang2 pergi pantai tinggal suami mcm tu jer kt rumah and nangis jer kt situ sbb masa ni down teruk bila dapat tau my adik dah preggy padahal kita yg kawen dulu . Masa ni emosi teruk sbb i pun dah preggy 3month tp i TAKTAHU i dah preggy !! I tau preggy masa peyut dah 4month weh 😣 buad penat je nangis . Kenapa kita sedih sangat sbb kita lebih tua dari suami , kita takut sangad takdapat bg baby awal2 kat dia 😣 Utk yg masih ttc semoga Allah cepat2 bagi awak baby supaya bahagia ada baby tu kita dapat sama sama rasa 🥰 #pejuanggarisdua #pejuangdualine🤲🥰 #ttc #fypシ #babytiktok #baby2022
Inilah sebab saya pregnant diam-diam je sebab fikirkan perasaan ramai kawan & family yang TTC
Walaupun ia adalah video throwback saja, netizen akui sangat memahami dilema insan-insan TTC seperti itu. Dek kerana mahu menjaga hati orang sekeliling, ada juga yang rela ambil keputusan merahsiakan kehamilan mereka.
Kredit : TikTok Mummy Ean
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
