Inspirasi Tips

Wanita Kongsi Tips Senang Bangun Tahajud – “Tidur 5 Minit Pun Cukup & Dikira..”

Wanita Kongsi Tips Senang Bangun Tahajud – “Tidur 5 Minit Pun Cukup & Dikira..”

Sharing is caring!

Mungkin ada sesetengah orang berasa seram untuk terjaga di tengah-tengah waktu malam. Atau bagi mereka yang bekerja pula, itulah waktu rehat yang paling ditunggu selepas seharian penat mencari rezeki di siang hari. Akan tetapi, itulah yang menjadikan solat atau ibadah lain pada waktu malam lebih istimewa. Pada waktu sunyi itulah sebenarnya paling sesuai untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT kerana kita tidak terbeban dengan sebarang urusan dunia.

BACA: Kelebihan Surah Al-Waqiah & Al-Mulk, Rezeki Lelaki Ini Sentiasa Mengalir Masuk

Wanita Kongsi Tips Senang Bangun Tahajud – “Tidur 5 Minit Pun Cukup & Dikira..”
Gambar sekadar hiasan

4 tips berkesan bangun tahajud

Bagi mereka yang jarang atau baru terniat untuk ‘berjinak-jinak’ melakukan ibadah yang selalu diamalkan oleh para solihin dalam kalangan umat terdahulu, anda boleh ikuti perkongsian yang pernah dibuat oleh Puan Adi Sakinah Bt Omar (Kina Omar) ini. Di sebalik kesibukannya menguruskan keluarga dan business agensi pelancongan, dia tetap tidak melepaskan peluang untuk mengumpul saham akhirat menerusi amalan tersebut.

Wanita Kongsi Tips Senang Bangun Tahajud – “Tidur 5 Minit Pun Cukup & Dikira..”

Tidur 5 minit lepas Isyak pun dikira…tapi paling afdhal 3 atau 4 pagi


Antara syarat untuk solat tahajud ialah perlu bangun daripada tidur dan perlu melakukannya antara tempoh selepas azan Isyak hingga sebelum azan Subuh. Malah, tidur selama 5 minit sahaja pun amalan itu tetap dikira. Jelas Kina, biasanya dia akan tertidur seketika sesudah solat Isyak. Apabila dia terjaga sekitar jam 10p.m. atau 11p.m., dia akan terus mendirikan solat tahajud. Meskipun waktu paling afdhal untuk ibadat ini ialah pada tengah-tengah malam seperti jam 3 atau 4 pagi, tetapi ikutlah kemampuan dan keselesaan masing-masing.

Pasang alarm…bangun 10-15 minit sebelum Subuh

Tipulah kalau dalam sebulan kita langsung tiada hari-hari yang terasa letih dan mahu terus ‘pengsan’ di atas katil kan? Jelas Kina, antara solusi yang boleh dilakukan oleh seseorang adalah bangun awal dengan memasang alarm 10-15 minit sebelum azan subuh dan buat tahajud pada waktu tersebut. Samalah macam waktu kita bersahur jika mahu puasa juga.

Wanita Kongsi Tips Senang Bangun Tahajud – “Tidur 5 Minit Pun Cukup & Dikira..”

Buat lepas bagi baby susu tengah malam

Memandangkan bayi selalu merengek pada waktu malam, waktu ini juga sebenarnya memudahkan ibu atau bapa untuk terjaga pada waktu tersebut. Selepas memberi susu atau menenangkan mereka, anda boleh terus laksanakan solat tahajud dan berdoa kepada Allah.


Wanita Kongsi Tips Senang Bangun Tahajud – “Tidur 5 Minit Pun Cukup & Dikira..”

Paling penting tetapkan niat…Insya Allah akan dipermudahkan

Tak dinafikan, setiap perbuatan kita perlulah didahului dengan niat. Ujar figura ibu kepada seorang anak ini, dia selalu memasang niat untuk bangun tahajud dahulu sebelum set alarm. Malah seandainya Allah bangunkan tengah malam tu, percayalah anda golongan bertuah. Paling mustahak adalah terus bangkit untuk solat, dan jangan layan nafsu tidur pula.

Wanita Kongsi Tips Senang Bangun Tahajud – “Tidur 5 Minit Pun Cukup & Dikira..”

Sumber: IG kina.omar


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!