Cinta Viral

Wanita Luah Sayu, Tunang Ajal Masa Dalam Perjalanan Nak Fitting Baju Pengantin

Wanita Luah Sayu, Tunang Ajal Masa Dalam Perjalanan Nak Fitting Baju Pengantin

Sharing is caring!

‘Kita hanya mampu merancang, tapi hanya Tuhan yang mampu menentukan nasib setiap hamba-Nya’. Itulah ungkapan yang boleh digambarkan tentang nasib bakal pengantin bernama Husna Haron ini apabila tunangnya telah terlibat dalam sebuah kecelakaan jalan raya pada Selasa lalu. Lebih menyedihkan, insan yang dicintainya telah pergi buat selama-lamanya hanya 4 hari sebelum majlis pernikahan mereka berlangsung.

BACA: RamaIan 2 Minggu Doktor Tepat, Tunang Temui Ajal Lepas Sihat Jalani 0peration

Wanita Luah Sayu, Tunang Ajal Masa Dalam Perjalanan Nak Fitting Baju Pengantin

Wanita Luah Sayu, Tunang Ajal Masa Dalam Perjalanan Nak Fitting Baju Pengantin

Ajal sewaktu dalam perjalanan untuk fitting baju pengantin


Menerusi perkongsian di laman Facebook milik wanita ini, beliau memaklumkan bahawa pemuda yang dikenali sebagai Amir Izzat Mahfar ini telah menemui ajal ketika dalam perjalanan ke butik untuk mencuba (fitting) baju pernikahan mereka.  Jelas Husna, insiden terbabit berlaku ketika motosikal yang ditunggang Allahyarham telah berselisih dengan sebuah kereta di sebuah selekoh berdekatan Politeknik Mersing.

Wanita Luah Sayu, Tunang Ajal Masa Dalam Perjalanan Nak Fitting Baju Pengantin

Baru plan balik kampung sebab nak pergi wedding…takziah dear

Biarpun kad kahwin telah diedarkan kepada semua tetamu, namun siapalah yang mampu melawan takdir yang dirancang oleh-Nya. Ekoran daripada pengumuman tersebut, ramai kenalan memberikan ucapan takziah kepada Husna dan keluarga kedua-dua belah pihak. Selain itu, rata-rata netizen turut mendoakan agar mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian yang berat ini.


Wanita Luah Sayu, Tunang Ajal Masa Dalam Perjalanan Nak Fitting Baju Pengantin

Wanita Luah Sayu, Tunang Ajal Masa Dalam Perjalanan Nak Fitting Baju Pengantin

Sumber: FB Husna Haron, Viral Oh Viral


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!