Wanita Luah Sebak, Kehilangan 3 Ahli Keluarga Serentak Seminggu Selepas Raya

Jumaat lalu, pihak media pernah melaporkan tentang sebuah kecelakaan jalan raya yang melibatkan 5 sekeluarga di sebuah lokasi berdekatan dengan Kampung Cherok Paloh, Kuantan, Pahang. 3 daripada mereka tidak dapat diselamatkan selepas kereta Proton Saga yang dinaiki termasuk laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kenderaan jenis MPV. Menerusi perkongsian seorang wanita bernama Nurul Hazwani di Twitter, dia meluahkan perasaan hiba selepas kehilangan 3 insan penting dalam hidupnya.

BACA: Setahun Lepas Kawan Pergi, Lelaki Ini Pula Menyusul.. Sahabat Sampai Syurga

Ada 3 tilam kat ruang tamu…rupanya kakak & anak buah pun pergi juga

Lebih menyayat hati lagi, ibu dan kakaknya turut membawa bersama hadiah hari lahir berupa beg dan purse yang dihadiahkan oleh Hazwani ketika itu. Namun kini barangan tersebut hanya tinggal memori tentang pemiliknya sahaja.

Hazwani serta ahli keluarga lain kini sedang menjaga adik dan anak buahnya berusia 11 bulan yang sedang mendapatkan rawatan susulan.

 Nanti kaki dah sembuh kita belajar jalan ye..

Dalam pada itu, dia juga sedang menjejaki telefon pintar milik kakaknya yang telah hilang dari lokasi kejadian kerana mengandungi banyak maklumat penting di dalamnya.

Harap dapat pulangkan…tolong jangan ambil harta kakak 

Sumber: Twitter Wannyhazwany & BH Online

Apa Komen Anda?